'Kita hebat bukan kerana kita kuat, tapi sebab ... ' - Sharnaaz Ahmad

Gempak
April 8, 2019 06:01 MYT
Menerusi entri di Istagram (IG), Sharnaaz menasihati orang ramai agar sentiasa positif dalam kehidupan agar dapat menjadi contoh pada orang lain. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Sharnaaz Ahmad mengakui bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak dalam kehidupan.
Menerusi entri di Istagram (IG), Sharnaaz menasihati orang ramai agar sentiasa positif dalam kehidupan agar dapat menjadi contoh pada orang lain.
"Semoga kita semua happy dan bahagia selalu. Surround yourself with people that look up on you.
"Sapa yang pandang youlebih kurang, biarkan sebab kita tak boleh ubah orang suka kita tapi kita boleh jadi hebat untuk diri kita.
"Kita hebat bukan kerana kita kuat, tapi sebab Allah bagi kita nampak kuat untuk dicontohi," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Sharnaaz dan mereka turut mendoakan kebahagiaannya bersama insan tersayang.
#Instagram #keluarga #media sosial #perpisahan #selebriti #Sharnaaz Ahmad