KJ pakai stoking merah dan tali kasut pink, minta izin Scha nak tubuh Bandboy dengan Awal

Gempak
Januari 29, 2018 16:00 MYT
Penampilan tersebut menjadi tular di laman sosial selepas ia dikongsi oleh pelakon dan pengacara popular tersebut di laman sosial Instagram (IG), petang tadi (Isnin).
MENTERI Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ), menjadi perhatian netizen pada Isnin apabila muncul memakai stoking berwarna merah dengan tali kasut merah jambu terang dalam sebuah temubual bersama Awal Ashaari.
Penampilan tersebut menjadi tular di laman sosial selepas ia dikongsi oleh pelakon dan pengacara popular tersebut di laman sosial Instagram (IG), petang tadi (Isnin).
Awal telah berkongsi aksinya sedang menemuramah KJ yang disertakan dengan beberapa siri foto stoking dan tali kasut Menteri popular itu dari jarak dekat.
Awal juga telah menulis di ruangan kapsyen, stoking bunga-bunganya hari ini tewas kepada tali kasut merah jambu terang KJ.
Sementara itu KJ, turut memuat naik fotonya bersama Awal.
Namun, kapsyen yang ditulis telah menarik perhatian netizen yang menganggap KJ seorang yang lucu.
Menerusi entri tersebut, KJ telah meminta kebenaran isteri Awal iaitu Scha Al-Yahya untuk menubuhkan sebuah ‘band boy’ yang dinamakan #khawal.
Foto yang dimuat naik KJ itu telah mendapat lebih 40 ribu ‘likes’ dan ratusan komen daripada pengikut yang memuji sikap peramah beliau.
Ada juga pengikut IG beliau yang berseloroh mahu mendengar suara KJ menyanyi terlebih dahulu sebelum menubuhkan kumpulan #Khawal bersama bapa kepada Lara Alana itu.
#Awal Ashaari #Belia #Instagram #Khairy Jamaluddin #laman sosial #menteri #sukan