awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Rasuah wajar dilihat sebagai jenayah berat, setara dengan dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL Converge! buka mata tentang industri kandungan kreatif - Ahmad Shabery

Bernama
Bernama
14/09/2014
14:43 MYT
KL Converge! buka mata tentang industri kandungan kreatif - Ahmad Shabery
KL Converge! buka mata tentang industri kandungan kreatif - Ahmad Shabery
KL Converge! 2014, acara berlatarkan platform digital dan industri kreatif dari 17 hingga 19 Sept ini, seharusnya membuka mata banyak pihak tentang masa depan dan peluang yang boleh diraih dalam industri kandungan dan kreatif di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata acara anjuran kementerian itu akan memberi peluang kepada semua pihak untuk menimba ilmu dengan pakar serta tokoh berkaitan dari luar dan dalam negara.
"Kita akan dapat buat perbandingan tentang perkembangan platform digital di negara lain, misalnya pelajari bagaimana perkembangan jalur lebar dan sebagainya," katanya selepas melawat persiapan KL Converge! di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Antara banyak nama besar yang bakal terlibat dalam sesi persidangan tiga hari itu ialah Namik Malhotra iaitu pakar kesan khas filem Transformers dan Roger Christian yang meraih Academy Award untuk set filem Star Wars.
Ahmad Shabery berkata selain persidangan, KL Converge! juga memuatkan pameran daripada pemain-pemain industri termasuk dari negara Asean, India dan Jepun berkaitan antara lain infrastruktur, aplikasi, jalur lebar, kandungan dan filem.
Menurut Ahmad Shabery, antara yang dijangka menarik perhatian ialah sesi mengajar penggiat industri teknik tertentu untuk menyampai atau "menjual" idea mereka kepada orang berkepentingan dalam masa seminit.
"Aspek ini dilihat menjadi antara kelemahan sebahagian daripada penggiat industri kita di Malaysia," kata menteri itu.
Tambahnya, acara KL Converge! itu menerapkan konsep santai yang menjadi budaya di Silicon Valley, Amerika Syarikat, dengan mereka yang hadir tidak perlu berpakaian formal.
Silicon Valley merupakan pangkalan kepada banyak syarikat teknologi terkemuka dunia.
"Pelajar, mahasiswa, mereka yang terlibat dalam industri kreatif seperti pembuat filem, pemuzik, dan penulis serta orang ramai perlu datang dan terlibat dalam acara ikonik ini," tegas Ahmad Shabery.
KL Converge!, anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), bertujuan menjana minat dan perhatian tentang peluang yang boleh dimanfaatkan dalam industri kandungan dan kreatif.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.klconverge.com.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery
#kl converge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan