Pentas Seni KL atau Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) bakal pentaskan karya Tennessee Williams ‘A Streetcar Named Desire’ dalam bentuk pementasan muzikal.
Menurut koreografer KLPAC Lex Lakshman, ini kali pertama karya Tennessee Williams dipentaskan dalam bentuk muzikal.
“Ramai pihak sudah pentaskan karya ini, kita cuba cari kelainan dengan mementaskan karya terkenal ini dalam versi muzikal dan ini adalah yang pertama seumpamanya.
“KLPAC mencari 10 hingga 12 penari berbakat untuk menyertai pementasan arahan Joe Hasham ini selain akan turut memilih dua penari untuk watak utama” katanya lagi.
Lex yang juga terlibat dalam pencarian bakat baru turut memberitahu bahawa dua watak utama dalam pementasan ini adalah penari wanita dari Jepun.
“Ini adalah kolaborasi KLPAC dengan JTI Malaysia dan HANDS Percussion dalam menggabungkan dua negara iaitu Jepun dan Malaysia” jelas Lex ketika dihubungi Astro AWANI.
Program Theatre For Young People 2014
Selain itu, menurut Lex, KLPAC turut mencari 10 hingga 15 orang anak muda berumur 16 tahun ke atas yang berminat di dalam bidang lakonan, pengarahan, tarian, nyanyian, penulisan serta kerja belakang tabir untuk menyertai program Theatre For Young People 2014 (T4YP).
Mereka yang terpilih akan berpeluang mengikuti latihan bersama nama-nama besar seperti Mark Beau De Silva, Datuk Faridah Merican, Joe Hasham, Ian Chow dan banyak lagi.
Di akhir program ini, mereka berpeluang untuk menunjuk bakat di Teater Tari dan Muzik, Pentas 2 KLPAC.
“Objektif program ini adalah untuk melatih anak muda yang berbakat ini selain memberi pendedahan dan peluang belajar dari tenaga pengajar yang berpengalaman” kata Lex yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang tarian.
Kepada yang berminat untuk menyertai dua ujibakat ini sila layari laman portal KLPAC untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai T4YP dan pementasan muzikal A Streetcar Named Desire karya Tennessee Williams.
Azyyati Ahmad
Wed Feb 19 2014


AWANI Ringkas: Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat ditubuhkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan - Dr Adham
Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini.

Tanah mendap seluas 50,000 meter persegi di Shah Alam, 67 orang dipindahkan
Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap.

Banjir di semua negeri terjejas semakin pulih
Situasi bencana banjir yang melanda Sabah dan Sarawak awal minggu ini dilaporkan semakin pulih dengan jumlah mangsa yang semakin berkurangan di kedua-dua negeri itu hari ini.
![AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/24661240921610801970234/1885832_10096175011610802902019_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - @KKMPutrajaya arah NPRA nilai semula vaksin Pfizer-BioNTech. - Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuh. - Kenapa @shahidan_kassim selar @anwaribrahim? #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

#AgendaAWANIAsia: Vaksin #COVID19: Hak Untuk Semua
Perkembangan semasa dalam usaha vaksinasi COVID-19 di negara serantau menjadi tumpuan ketika ini. Apa signifikan solidariti masyarakat antarabangsa bagi memastikan penyediaan vaksin COVID-19 tidak meminggirkan mana-mana pihak? Diskusi dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini hanya di Astro AWANI saluran 501 & astroawani.com/live-tv

Samsung | Siri Galaxy S21 5G ungguli pasaran peranti pintar
Penggemar jenama telefon pintar terkemuka, Samsung kini boleh membuat pra tempahan untuk peranti kelas perdana terbaharu iaitu Siri Samsung Galaxy S21 5G. Diperkenalkan kepada pasaran dalam majlis pelancaran secara maya pada Khamis, siri kali ini hadir dengan tiga variasi berbeza iaitu samsung Galaxy S21 5G, S21 Plus 5G dan S21 Ultra 5G.

Sriwijaya Air | Pasukan Amerika Syarikat sertai siasatan
Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) tiba di Tanjong Priok, Jakarta pada Sabtu bagi menyertai siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air.

COVID-19: NADMA naik taraf PKRC MAEPS, sedia buka ikut zon
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan berkata, langkah itu bagi mengurangkan jumlah pesakit di hospital susulan jangkitan kes yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Darurat: Cadangan Anwar tergesa-gesa, tidak wajar
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membatalkan proklamasi darurat disifatkan sebagai tergesa-gesa dan tidak wajar dilakukan.

KLPAC anjur ujibakat untuk karya Tennessee Williams versi muzikal
KLPAC mencari penari berbakat untuk menyertai pementasan karya Tennessee Williams A Streetcar Named Desire berbentuk muzikal.