ENTERTAINMENT
Kolaborasi Astro-Prime Video tawar aneka kandungan menarik

Pelanggan Astro Ultra atau Ulti Box boleh mengaktifkan akses dua bulan Prime Video tanpa caj tambahan bermula 24 April hingga 23 Jun 2025.
KUALA LUMPUR: Kolaborasi baharu Astro menjanjikan siaran filem pecah panggung dan siri popular daripada platform pentsriman, Prime Video di Astro Ultra dan Ulti Box.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata inisiatif ini menawarkan kandungan berkualiti tinggi dan pelbagai di satu saluran.
"Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Amazon untuk membawakan Prime Video ke Ultra dan Ulti Box.
"Kami menawarkan pelanggan pilihan dan nilai berkualiti, semuanya menerusi akses mereka."Kerjasama ini meningkatkan lagi komitmen Astro untuk bukan sekadar memberi yang terbaik malah memudahkan pengalaman hiburan pelanggan," ujarnya.
Pelanggan Astro Ultra atau Ulti Box boleh mengaktifkan akses dua bulan Prime Video tanpa caj tambahan bermula 24 April hingga 23 Jun 2025.
Antara kandungan menarik menanti penonton adalah Lord of The Rings: The Rings of Power, The Boys dan Mirzapur.
Tidak dilupakan juga rancangan popular dari Korea, termasuk The Divorce Insurance, Marry My Husband dan Newtopia.
Penceritaan dan bakat tanah air turut diangkat seperti Kayangan Housekeeping?, That Cover Girl, Budak Flat dan Tebus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami