HIBURAN
[KOLUMNIS] Memaknai keluarga ASEAN di Bumi Temasek
Tayangan pembukaan “Retrospective: Edward Yang” anjuran Asian Film Archive (AFA).
SERING kali kita dengar -- atau kita sendiri yang menuturkannya -- keluarga adalah tempat lahirnya kasih sayang. Tempat kita kembali setelah perjalanan jauh, untuk memaknai semula apa yang telah kita lalui. Memberi makna kepada segala yang telah diusahakan dalam hidup.
Bulan Oktober tahun lalu, saya ke Singapura untuk kesekian kali. Ini kali pertama saya ke luar negara hanya berdua bersama anak sulung saya; Adelia. Perjalanan yang memang dirancang berdua -- seperti yang diperkatakan tadi -- untuk seorang anak dan bapa memaknai semula sebuah hubungan. Dengan usia beliau yang semakin meningkat dan mula mencari hidupnya sendiri -- perjalanan ini dirancang agar kami dapat mencuri sisa masa bersama -- dan memberi makna kepadanya.
Apabila memperkatakan mengenai hubungan kekeluargaan, nada begitu jugalah seharusnya apabila kita membicarakan tentang dua buah negara yang berkongsi sejarah ini. Pernah suatu ketika dahulu menjadi satu -- ia menjadikan sinema Malaysia dan Singapura cukup akrab -- malah saling melengkapi. Tidak akan lengkap tanpa salah satu.
Kunjungan saya dan Adelia dimulaikan dengan mengunjungi dua organisasi nasional yang menjadi refleksi rasmi negara; Muzium Nasional Singapura (Singapore National Museum) dan Galeri Nasional Singapura (Singapore National Gallery). Adelia pada usia remaja yang teruja meneroka, khusyuk meneliti satu persatu koleksi yang memperkenalkannya negara yang sudah beberapa kali beliau lawati; cuma kali ini lebih tenang tanpa “gangguan” adik-adik kecilnya yang lain.
Keterujaan berganda adalah apabila kami ke `Objectifs – Centre for Photography and Film` yang terletak di Middle Road.
Semenjak ditubuhkan pada tahun 2003, Objectifs memainkan peranan yang sangat penting dalam mengangkat pembikin filem aliran alternatif dengan sentuhan silang disiplin di rantau ini. Ketika masih dalam pengajian suatu ketika dahulu, saya banyak bergantung kepada VCD dan DVD (home video) keluaran Objectifs bagi mendapat akses menonton karya-karya sinema alternatif dari negara serantau. Saya memperkenalkan Adelia kepada beberapa nama yang baharu kepada beliau seperti Mike De Leon (pengarah filem Filipina) dan Boo Junfeng (pengarah filem Singapura).
Ketika di Objectifs, kami bertemu Lynn Loo.
Lynn Loo adalah seorang seniman seni visual yang bekerja sepenuh masa sebagai arkivis filem di British Film Institute (BFI) National Archive -- arkib filem yang terletak di Berkhamsted, di pinggir kota London. Beliau adalah rakyat Singapura yang asalnya seorang guru piano sudah hampir 20 tahun bekerja di sana, setelah menamatkan pengajian dalam bidang filem di Amerika Syarikat dan sarjana pengarkiban filem di England.
Beliau berada di Objectifs kerana sedang mengadakan pameran karya beliau ‘Poetry in Pattern` -- lalu saya dan Adelia bertuah dapat melawat dengan ditemani langsung oleh beliau.
‘Poetry in Pattern’ sebuah karya instalasi visual yang memancarkan imej dari dua lapisan filem 16mm dengan durasi berbeza yang saling bertindih di projektor -- serta satu imej bergerak dari video. Ia menjadi 3 lapisan visual yang menghasilkan imej akhir berinspirasi corak dan bentuk yang kita temui dari kehidupan seharian dan alam di sekeliling kita.
Kami sama-sama teruja bila saya bercerita yang saya pernah melawat tempat kerjanya di Berkhamsted sekitar enam tahun lalu. Menurut beliau, agak jarang orang melawat ke situ memandangkan arkib tersebut terletak di kawasan agak pedalaman -- dan tidak dibuka kepada orang awam.
Selepas itu, saya dan Adelia kemudiannya ke Arkib Nasional Singapura (Singapore National Archive). Sepetang kami menelaah di pusat rujukan arkib tersebut.
Yang menjadi perhatian saya pastinya koleksi warisan audiovisual yang dimiliki arkib tersebut. Antaranya koleksi kompilasi rakaman Singapura sejak tahun 1930, video rakaman pawagam-pawagam bersejarah yang pernah dimiliki Singapura, poster tayangan filem dekad-dekad terdahulu -- termasuklah koleksi dari Festival Filem ASEAN ke-10 (10th ASEAN Film Festival) yang diadakan pada 25 hingga 28 November 1980 di Premier Cinema; sebuah pawagam yang kini tidak lagi wujud.
Setelah sepetang di arkib berkenaan, malamnya kami menghadiri tayangan pembukaan “Retrospective: Edward Yang” anjuran Asian Film Archive (AFA). Sebuah program untuk meraikan karyawan filem terkenal Taiwan dan rantau ini – Edward Yang – yang dibuka dengan tayangan filem Taipei Story terbitan tahun 1985. Ia adalah versi restorasi yang diusahakan oleh World Cinema Project, yang diasaskan pengarah tersohor dunia Martin Scorsese.
Usaha bagi menjayakan penganjuran penting ini telah berjalan sejak dua tahun terdahulu atas usaha Taipei Economic & Cultural Office in Malaysia yang berpejabat di Kuala Lumpur -- yang mengusahakan untuk membawa program ini ke Asia Tenggara -- dan disambut baik oleh Asian Film Archive untuk diadakan di Singapura.
Acara selama dua bulan terbahagi dua fasa, dengan bulan pertama menayangkan filem-filem arahan Edward yang majoritinya telah direstorasi dalam resolusi 2K & 4K, diikuti bulan kedua menayangkan empat buah filem kesukaan Edward sepertimana yang pernah dinyatakan beliau kepada majalah berprestij Sight & Sound.
Selain itu ada pameran koleksi barangan peribadi beliau, termasuklah koleksi catatan dan lakaran peribadi beliau. Koleksi yang dipamerkan ini adalah sebahagian dari sekitar 2000 barangan beliau yang telah diserahkan oleh isteri beliau kepada Taiwan Film & Audiovisual Institute (TFAI) pada tahun 2019 untuk simpanan dan rujukan generasi mendatang.
Selama di Singapura, saya dan Adelia juga sempat mencuri masa ke dua buah lagi acara perfileman yang sedang berjalan.
Pertamanya adalah Singapore Nature Film Festival 2024 yang berlangsung di Siloso Beach, Sentosa Island. Sebuah acara advokasi kelestarian alam sekitar melalui medium filem; dengan pelbagai pengisisan acara seperti tayangan filem, bengkel masterclass, forum, pameran, serta program kanak-kanak.
Kami juga sempat menonton sebuah filem Korea Selatan di Singapore Korean Film Festival 2024 yang dianjurkan oleh Singapore Film Society (SFS) -- komuniti filem tertua di Singapura; yang telah wujud sejak tahun 1954.
Perjalanan empat hari tersebut mungkin singkat, tetapi ia akan jadi momen yang penting untuk bertahun lamanya -- terutama setelah Adelia dewasa dalam hidupnya sendiri nanti. Malah, ia bukan sahaja dapat menambah makna dalam hubungan saya dan Adelia, tetapi juga menambah kefahaman saya dalam memaknai keluarga dalam konteks bernegara.
Sepertimana tujuan perjalanan ini untuk mengukuh makna hubungan - begitu jugalah Malaysia dan Singapura -- serta dunia sinemanya. Sebuah keluarga -- yang meski kini dewasa memilih membawa jalan masing-masing -- tetapi akan kekal sebagai sebuah keluarga besar dibawah payung ASEAN.
ASEAN bukan sekadar sekadar inisiatif antara kerajaan dalam kerangka politik dan ekonomi. Ia juga payung yang akan menjadi pengikat keluarga besar ini dalam masa-masa mendatang.
* Penulis merupakan Pengarah Pengasas Pusat Kajian & Apresiasi Filem (PKAF) dan Pengarah Urusan syarikat Kristal Azmir Sdn Bhd. Untuk membaca lebih lanjut tentang inisiatif ini, pembaca boleh layari www.diplomasifilem.com
** Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan bidang yang dijalaninya, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.