HIBURAN
Komposer Brett James maut dalam nahas pesawat
Komposer ternama Hollywood yang juga pemenang Anugerah Grammy, Brett James dilaporkan maut dalam nahas pesawat di Carolina Utara, Amerika Syarikat.
CAROLINA UTARA: Komposer ternama Hollywood yang juga pemenang Anugerah Grammy, Brett James dilaporkan maut dalam nahas pesawat di sini.
James yang berusia 57 tahun, antara tiga penumpang di dalam pesawat enjin tunggal jenis Cirrus SR22T yang terhempas di kawasan hutan berhampiran Lapangan Terbang Macon County, pada Jumaat.
Pihak berkuasa mengesahkan ketiga-tiga mangsa maut dalam insiden itu.
Data penerbangan menunjukkan pesawat berkenaan berlepas dari sebuah lapangan terbang di Nashville.
James pernah meraih Anugerah Grammy bagi kategori Best Country Song.
Sepanjang kerjayanya, James turut menulis lagu untuk barisan artis ternama termasuk Carrie Underwood, Taylor Swift, Kelly Clarkson, Bon Jovi dan Jason Aldean.
Aldean yang merakamkan lagu The Truth hasil tulisan James berkata, beliau “hancur hati” dengan berita itu.
“Saya amat menghormatinya, dan dia membantu mengubah hidup saya. Saya berbesar hati pernah bekerjasama dengannya. Doa dan ingatan saya buat keluarganya,” ujar Aldean.
Presiden Persatuan Komposer, Penulis dan Penerbit Amerika (ASCAP), Paul Williams pula memuji James sebagai “kuasa besar dalam penulisan lagu” dengan lebih 500 karya merentas pelbagai genre.
“Dia menulis lagu-lagu hebat, tetapi hatinya lebih besar daripada itu,” katanya.
James pernah dinobatkan ke dalam Nashville Songwriters Hall of Fame pada 2020 serta dua kali menerima gelaran Penulis Lagu Tahunan ASCAP pada 2006 dan 2010.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) kini mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut. - Agensi