awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komposer terkenal Jepun Ryuichi Sakamoto meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2023
23:45 MYT
Komposer terkenal Jepun Ryuichi Sakamoto meninggal dunia
Ryuichi Sakamoto berucap pada satu sesi di Tokyo, Jepun, 18 Mac, 2012. - Gambar fail AP
KOMPOSER terkenal Jepun yang pernah memenangi anugerah Oscar, Ryuichi Sakamoto, dilapor meninggal dunia pada usia 71 tahun.
Pasukan pengurusannya mengumumkan, mendiang meninggal dunia pada 28 Mac lalu.
Sebelum ini, Sakamoto menerima rawatan untuk penyakit barah yang dihidapnya selama beberapa tahun.
Lahir pada 1952 di Tokyo, mendiang dikenali dengan lagu yang dimainkan dalam filem 'Merry Christmas, Mr Lawrence' pada 1983.
Mendiang memenangi anugerah Oscar untuk muzik asal filem 'The Last Emperor' pada 1987.
Beberapa tahun lepas, pada 2015, Sakamoto menghasilkan muzik asal filem 'The Revenant'.
Album muzik tersebut yang disusun semula oleh pengarah Revenant, Alejandro Gonzalez Inarritu bakal dikeluarkan pada 5 Mei ini.
Upacara pengebumian diadakan secara tertutup, dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.
Topic Berkaitan
#Ryuichi Sakamoto
#meninggal dunia
#barah
#komposer terkenal Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan