ENTERTAINMENT

Kongsi gambar Aafiyah bertudung, Siti Nurhaliza buat ramai netizen geram

Gempak 30/03/2019 | 04:00 MYT
Siti Nurhaliza berkongsi beberapa keping foto anaknya, Siti Aafiyah di akaun Instagram (IG) dengan memakai tudung.
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa keping foto anaknya, Siti Aafiyah di akaun Instagram (IG) dengan memakai tudung.
Menerusi entri tersebut, ramai yang geram melihat gelagat Aafiyah dan memuji kecomelannya.
"Anak bertuah ibu ni laaaaa. #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh," tulisnya ringkas.

Anak bertuah ibu ni laaaaa... #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh

#comel #gelagat Aafiyah #pakai tudung #Siti Aafiyah #Siti Nurhaliza