awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah

Gempak
Gempak
07/07/2023
08:39 MYT
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), pada 8 Ogos 2021. - Gempak
SEJAK beberapa hari lalu, nama pelawak Shuib menjadi perbualan hangat apabila ada beberapa netizen yang menuduhnya terlibat dengan Freemason dan menjadi punca bekas isterinya, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia.
Sedih dengan fitnah tersebut, Shuib menerusi laman TikTok miliknya berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
“I minta maaf sayang, orang cakap macam-macam tentang you. Orang fitnah you tentang perkara yang langsung tak masuk akal. Insya-Allah I akan cuba sehabis baik untuk bersihkan nama you Sayang.
“Allah maha hebat, Allah akan ada sentiasa bersama kita. Doakan I dari sana. Al-fatihah buat Siti Sarah Bt Raissuddin,” kongsinya.
Shuib turut memuat naik video kenangan terakhir arwah Siti Sarah berpelukan dengan anak-anak sebelum dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19.
Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), pada 8 Ogos 2021.
Terdahulu, Shuib mengadakan pertemuan dengan salah seorang netizen menuduhnya yang dikenali sebagai Zulhairi pada Selasa lalu.
Shuib bertindak memaafkan Zulhairi di atas kekhilafan dilakukan lelaki itu kerana beranggapan pekerja swasta berkenaan berani dan ikhlas mengakui kesilapanya, termasuk menyesal dengan apa yang dilalukan.
Bagaimanapun, Shuib menegaskan dia tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang lagi netizen yang dikenali sebagai John Dihani.
- Gempak
Topic Berkaitan
#Shuib
#Siti Sarah
#fitnah
#Freemason
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan