HIBURAN
Konsert 40 tahun Helloween: 'Mixer diminta hanya ada satu di Malaysia' - Penganjur akui cabaran penuhi permintaan teknikal
Helloween, jelas Abdul Talib (dua, kanan), sangat menitikberatkan kelengkapan bersesuaian dengan kualiti persembahan yang akan dihidangkan kepada peminat nanti. -Foto Astro AWANI
BARU beberapa minggu, jualan tiket konsert kumpulan legenda metal dunia Helloween sudah melebihi 50 peratus.
Ringkasan AI
Pemilik Rockstage Entertainment selaku penganjur, Abdul Talib Othman yang ditemui oleh Astro AWANI baru-baru ini menjelaskan bahawa lebih separuh tiket paling mahal yang ditawarkan juga sudah pun terjual setakat ini.
Melihat kepada perkembangan itu, beliau lega dengan sambutan ditunjukkan setakat ini yang membuktikan bahawa peminat rock metal di negara ini masih ramai dan berminat menyaksikan konsert berbayar di Malaysia.
Walaupun iklim momentum rock semasa bagi konsert berbayar tidaklah semeriah dahulu, perkembangan peminat Helloween setakat ini membuktikan bahawa mereka masih lagi menghargai karya-karya agung rock metal yang bakal dihidangkan.
Abdul Talib dalam pada itu menjelaskan bahawa usaha membawa Helloween ke Kuala Lumpur bukan mudah, malah kos teknikal dan spesifikasi yang diminta oleh pengurusan band amat tinggi.
Helloween, jelasnya, sangat menitikberatkan kelengkapan bersesuaian dengan kualiti persembahan yang akan dihidangkan kepada peminat nanti.
"Harus diingat bahawa mereka ini sangat teliti terutamanya membabitkan teknologi system bunyi yang sempurna.
"Sebagai penganjur, kita bertanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan tersebut seperti yang diminta.
"Soal harga itu satu cerita atau bab lain, tapi paling utama adalah kelengkapan diperlukan mereka harus tersedia dengan baik," jelas Abdul Talib ketika menceritakan kronologi perjalanan untuk membawa kumpulan Helloween ke Malaysia Disember ini.
Justeru, tambah Abdul Talib, ia bukanlah mudah dan memerlukan usaha dan komitmen tinggi untuk merealisasikan kehadiran mereka di Kuala Lumpur buat kali kedua selepas 2018.
Antara cabaran utama ialah peralatan audio yang diminta — termasuk sebuah ‘mixer’ berteknologi tinggi yang hanya ada satu unit di Malaysia.
"'Mixer' yang disenaraikan oleh pengurusan Helloween kepada kita untuk konsert pada Disember ini sangat 'advanced' dan kita terpaksa mendapatkannya juga.
"Malah, kebetulan di Malaysia, mixer tersebut hanya ada satu sahaja, namun kita bersyukur di mana akhirnya berjaya mendapatkanya juga menerusi rakan iaitu Rahmat sebagai sound engineer yang dilantik," jelas Abdul Talib lagi.
Tambahnya lagi, selaku penganjur, risiko yang perlu dipikul juga bukanlah sedikit apatah lagi untuk membawa artis luar berstatus bintang terkemuka dunia yang cukup dikenali.
Namun, Rockstage Entertaiment, selaku nama besar yang pernah menganjurkan konsert membabitkan artis terkenal dunia seperti Loudness sebelum ini, sudah memahami sepenuhnya asam garam dan onak duri yang perlu diharungi mereka.
Konsert khas “Helloween 40 Years Anniversary Tour” bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Disember ini, sempena sambutan empat dekad penglibatan kugiran itu dalam industri muzik global.
Konsert yang dianjurkan Rockstage Entertainment itu merupakan sebahagian daripada siri jelajah antarabangsa Helloween yang telah mencetuskan fenomena di Eropah, Amerika Latin, dan Asia, sekali gus menjanjikan malam penuh nostalgia buat peminat muzik metal tanah air.
Ditubuhkan pada 1984 di Hamburg, Jerman, Helloween dikenali sebagai perintis genre power metal, dengan album epik seperti "Keeper of the Seven Keys Part I & II" yang melonjakkan nama mereka ke persada dunia.
Persembahan di Kuala Lumpur bakal menyaksikan gabungan barisan anggota asal dan baharu, termasuk Michael Kiske, Kai Hansen, dan Andi Deris.
Antara lagu popular yang dijangka dipersembahkan termasuk I Want Out, Eagle Fly Free, Forever and One, dan Power, selain beberapa kejutan eksklusif khas buat peminat Malaysia.
Ringkasan AI
- Jualan tiket konsert Helloween di Kuala Lumpur melebihi 50% dalam beberapa minggu, termasuk tiket paling mahal, menunjukkan sambutan hangat peminat rock metal tempatan.
- Penganjur, Rockstage Entertainment, berdepan cabaran teknikal dan kos tinggi untuk memenuhi permintaan teknikal Helloween, termasuk mendapatkan peralatan audio khusus.
- Konsert Helloween 40 Years Anniversary Tour dijadual berlangsung pada 8 Disember di Zepp KL, menampilkan gabungan anggota asal dan baharu serta lagu-lagu ikonik mereka.