HIBURAN
Konsert Amal Gema Suara Emas gabung 16 artis veteran era 60-an hingga 90-an
Sandakiah Azez (dua, kanan) bersama rakan artis yang hadir pada sidang media Konsert Amal 'Gema Suara Emas' anjuran bersama PKAVM dan World Youth Foundation (WYF) di Banda Hilir pada Rabu. - Foto BERNAMA
MELAKA: Sebanyak 16 artis veteran era 60-an hingga 90-an akan bergabung di atas satu pentas menerusi Konsert Amal Gema Suara Emas pada Jumaat ini.
Konsert anjuran Yayasan Belia Dunia (WYF) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) itu berlangsung dari 8 malam hingga 11 malam di Dewan Yayasan Belia Dunia, Ayer Keroh.
Pemangku Presiden PKAVM Sandakiah Azez berkata konsert itu menghimpunkan artis veteran dalam satu persembahan besar yang menampilkan kira-kira 28 lagu popular masing-masing.
"Semua artis memberikan komitmen penuh dan bersedia sepenuhnya untuk menghiburkan penonton dan ini juga merupakan usaha untuk mengembalikan nostalgia, dan secara tidak langsung memperkenalkan mereka kepada golongan belia.
"Mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak dikenali tetapi lagu mereka masih popular dan didengari masih berkumandang hingga ke hari ini, dan ia juga julung kali ramai artis veteran dapat dikumpulkan dalam satu masa," katanya pada sidang media di Banda Hilir di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Sandakiah berkata sebanyak 70 peratus daripada hasil jualan tiket akan disalur kepada PKAVM bagi membantu artis veteran daripada segi kebajikan, program motivasi, bengkel kemahiran dan sebagainya.
Beliau berkata selain pembelian tiket, pihaknya turut membuka ruang kepada syarikat atau individu menyalurkan sumbangan khas bagi menambah dana untuk tabung kebajikan persatuan itu.
"Kita berharap ia mendapat sambutan orang ramai sambil melihat kebajikan artis veteran yang banyak berjasa kepada industri seni tanah air dan pelbagai pengisian menarik dirancang pada konsert tersebut," katanya.
Pengerusi WYF Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali pula berkata konsert amal itu juga diadakan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata program itu juga membuka peluang kepada artis veteran membuat persembahan dan menjana pendapatan kerana ada dalam kalangan mereka yang masih mampu serta bertenaga untuk beraksi di pentas.
"Namun, ada yang telah lama tidak menerima tawaran berkarya kerana terpaksa bersaing dengan artis-artis muda yang dilihat mempunyai lebih ramai pengikut.
"Justeru, kami rasa terpanggil untuk menganjurkan persembahan ini serta membuka peluang untuk memperkenalkan seniman dan seniwati lama yang banyak berjasa dan mewarnai industri seni tanah air kepada anak muda dan belia," katanya.
Para peminat juga berpeluang menyaksikan dan mendengar karya agung pada zaman kegemilangan artis terbabit yang akan diberi nafas baharu oleh Band Warisan Legenda (The Sound of Sixties) pimpinan Abass Abu Bakar.
Antara barisan artis bersuara emas yang akan menjayakan persembahan itu ialah Datuk Jefrydin, A. Rahman Onn, J. Sham, S. Mariam, Helen Velu, Zalifah Ibrahim, A. Razak, Junainah M. Amin, Datuk Siti Fairus, Zaiton Sameon, Mariam Ahmad, Roslan Madun, Musly Ramlee, Seri Sarimah, Hairee Kool, dan Abon sebagai 'Tauke Panggung'.
-- BERNAMA