Konsert BLACKPINK: Tip untuk 'enjoy' tanpa tekanan malam ini

Astro Awani
Mac 4, 2023 05:30 MYT
Blinks Malaysia akhirnya akan mendapat peluang untuk menonton konsert BLACKPINK malam ini. - Foto blackpinkofficial.com
EMPAT tahun menanti, Blinks Malaysia akhirnya akan mendapat peluang untuk menonton konsert BLACKPINK malam ini.
Jika ini pengalaman pertama anda ke konsert K-Pop, jangan risau. Berikut adalah beberapa tip bagi memastikan anda boleh enjoy malam ini tanpa perlu panik atau bimbang.
Apa yang perlu dibawa?
Berikut adalah semua yang anda perlukan.
1. Tiket konsert
2. Telefon/kamera dengan kad memori tambahan
3. Pengecas mudah alih
4. Bateri tambahan
5. Dompet dengan kad pengenalan dan wang
6. Hand sanitizer dan pelitup muka
7. Lozenge atau gula-gula getah
8. Tisu
9. Teropong
10. Kit pertolongan cemas mini (plaster, minyak angin dan ubat-ubatan jika perlu)
11. Payung
Susun hari anda
Rancang perjalanan (dan penginapan) anda. Buat pilihan dengan bijak terutama mod pengangkutan yang sesuai. Kelewatan boleh berlaku jadi pastikan jadual perkhidmatan pengangkutan awam dan pastikan juga pengangkutan anda untuk pulang ke rumah.

Hey Blinks, reminder to take LRT to Bukit Jalil tonight. There are 2 concerts happening simultaneously today. Blackpink in your area pic.twitter.com/H7HVZHiZ1N

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Simpan wang anda untuk merchandise
Pilih item yang paling anda ingin beli lebih, tetapi sentiasa sediakan pelan B juga kerana sesetengah barangan mungkin terjual dengan cepat.
Tahu apa do's and don't di venue
Setiap venue mempunyai polisi yang berbeza, jadi semak terlebih dahulu apa yang boleh anda bawa ke dalam dan ke mana anda harus pergi. Pengurusan venue kebiasaannya berkongsi peta konsert dan maklumat tentang polisi dan keselamatan. Ramai peminat juga membawa sepanduk DIY untuk konsert jadi pastikan ia dalam saiz yang anda boleh dibawa masuk.
Bersedia untuk berdiri lama
Sebelum pintu dibuka, anda pasti perlu berdiri lama di luar venue. Jika anda membeli standing ticket, anda juga perlu bersedia untuk berdiri dalam tempoh yang lama, jadi pilih kasut yang selesa, berpakaian kemas, dan bawa air minuman yang mencukupi.
Dan akhir sekali, dah beli tiket mahal-mahal tu, jangan sampai terlupa pula nak enjoy penampilan Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo malam ini!
#BLACKPINK #konsert #Malaysia #Lisa #Jennie #Rose #Jisoo