Konsert BTS di Singapura, aksi Jimin jatuh terlentang 'gamatkan' netizen

Astro Awani
Januari 20, 2019 04:02 MYT
Peminat khuatir seketika dengan keadaan Jimin walaupun tiada kecederaan yang dialaminya. Jimin sebelum ini sering kali terjatuh dan tersadung ketika membuat persembahan. - Foto
Kumpulan sensasi pop dari Korea Selatan, BTS memukau lebih 55 ribu penonton yang hadir menyaksikan konsert jelajah Love Yourself pada Sabtu malam di Stadium Nasional Singapura.
Peminat tegar kumpulan itu, ARMY yang datang dari seluruh Asia Tenggara nyata terhibur dengan aksi bertenaga dengan kumpulan yang mencipta fenomena luar biasa sepanjang 2018.
Bagaimanapun ketika asyik berhibur dengan nyanyian dan gerak tari seirama kumpulan itu, terdapat satu insiden yang mencuri perhatian peminat.
Jimin salah seorang anggota BTS dilihat jatuh terlentang ketika sedang rancak menari lagu DNA. Aksi itu berlaku dipercayai kerana lantai pentas yang licin dan berjaya dirakamkan peminat yang berkongsikan video tersebut di media sosial.
Namun dengan gaya seorang 'gentleman', Jimin yang berambut merah jambu muda bingkas bangun dan meneruskan persembahan.
BACA: Kasihannya, As'ad Motawh jatuh pentas 'runway'
BACA: BTS sudah mula membuatkan Kota Singa 'mengaum'!

NOOOOO JIMIN FELL DOWN AGAIN TINY BABY I WANNA PROTECT pic.twitter.com/vht52xrI3G

— (@starryjungkook) January 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jungkook, salah seorang anggota BTS yang lain turut terkejut dan berhenti seketika menari sambil tertawa dengan aksi Jimin itu.
Peminat juga sempat merakamkan RM, J-Hope, V dan Jungkook secara berseloroh membersihkan bahagian licin di atas pentas yang terkena air.

190119 #BTSLoveYourselfinSG #BTSinSingapore before this, jimin fell down and jungkook laugh at him HAHA. so during ment, jungkook taehyung jhope wiped the floor and test it after wiping. cr.sera_yjk pic.twitter.com/pg8E8XfH7Y

— miku '' (@ailuriate) January 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peminat khuatir seketika dengan keadaan Jimin walaupun tiada kecederaan yang dialaminya. Jimin sebelum ini sering kali terjatuh dan tersadung ketika membuat persembahan.
Selepas Singapura, konsert jelajah Love Yourself akan diteruskan di Fukuoka, Jepun, Hong Kong dan Bangkok, Thailand.
#ARMY #Bangkok #BTS #DNA #Hong Kong #J Hope #Jimin #Jungkook #konsert #Love Yourself #RM #Singapura