Pernahkah anda menonton konsert hologram?
Mungkin sebahagian besar rakyat Malaysia tidak pernah, namun keunikan itu menjadikan penyanyi maya dari Jepun, Hatsune Miku, begitu diminati ramai di seluruh dunia!
Selepas 48 persembahan di tujuh negara, Hatsune Miku Expo 2017 tiba di Malaysia buat julung kalinya dan konsert berlangsung pada Sabtu malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Peminat Hatsune Miku dari seluruh Malaysia hadir semata-mata mahu menyaksikan persembahan pujaan maya mereka yang ditontonkan secara hologram diiringi muzik yang dimainkan secara langsung oleh manusia.
Malah, ia diiktiraf sebagai yang pertama seumpamanya (konsert hologram) di negara ini oleh The Malaysia Book of Records (MBR)!
Ketua Pegawai Kandungan dan Konsumer Kumpulan Astro, Henry Tan, teruja dengan penerimaan audiens apabila tiket konsert hampir habis dijual, terlihat daripada ribuan peminat yang membanjiri perkarangan stadium sejak pagi.
“Ada juga barisan panjang yang membeli tiket pada saat akhir, malah saya juga dimaklumkan bahawa jualan cenderahati juga sangat memberangsangkan.
“Ia satu cara yang mengujakan untuk diiktiraf, dan ia menunjukkan komitmen kami untuk berinovasi, membawa benda-benda baharu dan segar untuk audiens Malaysia dan pelanggan kami di sini,” katanya pada sesi taklimat media sebelum konsert bermula.
Sijil pengiktirafan disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong kepada Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Crypton Future Media, Hiroyuki Itoh, sebagai ‘pencipta’ Hatsune Miku.
Tirai konsert yang bermula jam 8 malam itu dibuka dengan persembahan selebriti terkemuka tanah air, Zizan Razak dan sensasi Youtube dari Thailand, Chaleeda Gilbert sebelum watak gadis 16 tahun berambut biru panjang itu mempersembahkan lagu-lagu hitsnya.
Menyedari tidak semua 80,000 peminat setia Hatsune Miku di Malaysia khususnya berpeluang menghadiri konsert sensasi global masa kini itu di Axiata Arena, konsert itu dapat disaksikan oleh kira-kira 2.5 bilion peminatnya di seluruh dunia apabila ia disiarkan secara streaming langsung di aplikasi Tamago.
Tamago merupakan aplikasi sosial baharu di Asia Tenggara yang memenuhi citarasa penggemar permainan video dan anime, dan ia boleh dimuat turun secara percuma untuk mengakses kandungan-kandungan menarik lain yang berkaitan.
Israr Khalid
Sat Dec 16 2017
Henry Tan (tengah) dan Hiroyuki Itoh (kiri) menerima sijil pengiktirafan MBR daripada Christopher Wong (kanan). - Astro AWANI / ISRAR KHALID
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.