HIBURAN
Konsert Legacy 30 terus hangat diperkatakan, Siti Nurhaliza kekal berjiwa besar terima kritikan
Siti Nurhaliza tidak berkecil hati, jauh sekali berduka hanya kerana terdedah kepada komen serta kritikan pelbagai pihak susulan penganjuran Konsert Legacy 30 beliau minggu lalu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seminggu selepas Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza menghimpunkan kira-kira 65,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, tumpuan terhadap persembahan mega itu masih belum reda.
Perbincangan mengenainya terus merancakkan media sosial, sekali gus menggambarkan besarnya perhatian terhadap legasi tiga dekad Biduanita Negara itu.
Di media sosial, warganet masih rancak membahaskan pelbagai aspek konsert tersebut - daripada mutu persembahan, pengurusan acara, lontaran vokal, hinggalah momen-momen yang dianggap paling berkesan.
Tidak hanya menerima pujian, konsert itu juga menjadi wadah untuk pelbagai pandangan dan kritikan membina daripada peminat serta pemerhati industri.
Fenomena yang dicetus Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui konsert itu jelas meninggalkan impak mendalam, bukan sahaja kepada peminat setianya tetapi juga kepada ekosistem hiburan tempatan yang menyaksikan bagaimana sebuah persembahan boleh menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan seni seorang figura ikonik.
Dalam masa sama, beliau menegaskan, tidak berkecil hati, jauh sekali berduka hanya kerana terdedah kepada komen serta kritikan pelbagai pihak susulan penganjuran Konsert Legacy 30 itu.
Penghibur tersohor itu berpendapat, beliau harus meraikan setiap pandangan dengan jiwa besar, selain melihatnya sebagai ruang memperbaiki diri dan produksi akan datang.
Selama tiga dekad menjadi anak seni dan berdepan pelbagai ragam pandangan sejak awal kerjaya, Siti Nurhaliza mengakui, beliau hanya manusia biasa yang tidak mungkin mampu memuaskan hati semua pihak.
Namun begitu, anak seni kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu bersyukur kerana kematangan menilai pandangan menjadi asas ketenangannya sepanjang berada dalam industri.
“Sebagai anak seni, kita tidak terlepas daripada komen. Saya terbuka, saya tidak kecil hati. Kita kena matang menilai setiap pandangan,” katanya pada sidang media selepas majlis sambutan ulang tahun kelahiran dan apresiasi media, malam tadi.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau sudah melalui pelbagai fasa kritikan dan cabaran penganjuran konsert sejak usia 20-an - pengalaman yang banyak membentuk keteguhan jiwa serta kepekaannya terhadap kehendak penonton.
Sering jadi sasaran? “Saya anggap orang ambil berat”
Ditanya sama ada beliau merasakan dirinya sering menjadi sasaran kritikan, Siti Nurhaliza mengakui ada masa timbul persoalan “mengapa”, namun beliau memilih melihatnya daripada sudut positif.
“Tapi bila difikirkan semula, saya anggap itu tanda orang ambil berat. Saya lihat, teliti dan ambil input sebagai panduan. Mereka tak berada dalam situasi saya, jadi saya maafkan,” jelasnya penuh hemah.
Mengenai kritikan menyentuh hal hukum halal dan haram menghadiri konsert, Siti Nurhaliza mengambil pendirian untuk tidak mengulas panjang.
“Kita semua sangat matang. Bab agama sangat sensitif. Saya lemah dan tak sempurna, tapi saya sentiasa berdoa untuk penghujung yang baik. Saya ada tujuan hidup dan keberadaan saya di sini kerana Allah izinkan,” jelas Siti Nurhaliza berhati-hati.
Legacy 30 bukan konsert biasa
Beliau menegaskan konsert yang berlangsung pada 10 Januari lalu itu bukan persembahan biasa, sebaliknya menuntut komitmen tinggi daripada seluruh pasukan - produksi, pengurusan, kejuruteraan bunyi, pencahayaan, serta kawal selia penonton.
Menurut Siti Nurhaliza, pihak stadium turut memberikan pujian terhadap kelancaran keseluruhan acara, termasuk susun atur tempat duduk, aspek keselamatan, dan pengendalian kemasukan penonton.
“Saya sangat berhati-hati kerana tak mahu orang beri komen negatif. Apa yang penting, penonton pulang dengan rasa puas. Impian saya tercapai apabila konsert berlangsung hampir tiga jam,” ujarnya.
Beliau turut bersyukur kerana respons penonton sangat hangat pada setiap segmen, selain tenaga peminat menjadi penyeri sepanjang persembahan.
Menjawab segmen kegemarannya pula, Siti Nurhaliza berkata, beliau benar-benar teruja kerana berpeluang menampilkan pelbagai genre yang pernah mempopularkan namanya sepanjang 30 tahun, dengan setiap segmen membawa momen manis tersendiri.
“Konsert ini menggambarkan perjalanan saya sejak ledakan ‘Jerat Percintaan’ pada 1996, dan sokongan peminat yang tak pernah putus memberi makna besar,” katanya.
Mengimbas pelajaran terbesar daripada pengalaman itu, Siti Nurhaliza berkata tiada yang mustahil selagi seseorang memberikan yang terbaik dan bekerja secara sepasukan.
Mengenai budaya komen negatif di media sosial, Siti Nurhaliza menegaskan beliau memilih untuk tidak melayan hal yang tidak membina, sebaliknya fokus pada kerja seni dan penyatuan industri.
“Industri hiburan kita tidak sebesar mana. Akhirnya kita akan bertemu dan bekerjasama juga. Jadi tak perlu mencari salah sesama sendiri. Kita harus raikan semua orang dalam industri,” katanya yang baru menyambut ulang tahun ke-47 pada 11 Januari lalu.
Sebagai Biduanita Negara, beliau menegaskan penghormatan sebenar bukan hanya pada gelaran, tetapi amanah untuk menjaga mutu karya dan memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.
Dalam sidang media itu, Siti Nurhaliza turut merakam penghargaan kepada pengurusnya, Rozi Abd Razak, yang disifatkan sentiasa menjaga dirinya “lebih daripada menjaga diri sendiri.”
"Saya tidak boleh menafikan penglibatan Kak Rozi dalam kerjaya seni saya selama 30 tahun ini terlalu besar. Beliau antara tulang belakang kejayaan saya selama ini. Saya amat menghargai kehadiran beliau," ujar Siti Nurhaliza berkongsi terima kasih kepada pengurus peribadinya itu.
Beliau turut berkongsi bahawa suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah menetapkan had tertentu dalam kerjaya, namun selagi beliau mampu berbakti kepada industri, legasi seni Siti Nurhaliza akan terus diteruskan.
“Selagi diberi ruang, saya akan terus berkarya. Yang penting, kita saling menghormati dan memperkasa industri bersama,” katanya.