ZEPP Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada sebuah konsert siri terakhir kumpulan rock terunggul tanah air iaitu Wings.
Konsert yang diberi nama Naga Kramat itu jadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2022, Sabtu, jam 8 malam.
Naga Kramat merupakan tajuk bagi sebuah album Wings yang diterbitkan pada tahun 2002 yang juga merupakan album ke-10 kumpulan itu.
Harapan Tinggi
Selaku pihak penganjur, Mashar Mokhtar telah meletakkan harapan tinggi dan berharap konsert berkenaan akan berlangsung dengan jayanya.
“MW Mega dan Awie Entertainment merancang lebih kurang dua bulan lepas untuk melaksanakan projek ini.
“Peringkat awal agak sukar kerana jadual Wings dan Datuk Awie agak padat. Setelah berbincang dengan pihak Awie Entertainment akhirnya tarikh keramat ini dipilih sebagai hari yang terbaik untuk menjayakannya.
“Ini adalah projek sulung MW Mega dan pastinya saya meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk acara ini.
"Saya memberikan 110% komitmen bagi memastikan konsert ini berjalan lancar dan berjaya,” ujarnya.
Wings Teruja
Sementara itu, selaku pemain bass Wings, Eddie menjelaskan dirinya begitu teruja untuk beraksi di pentas Zepp KL pada Oktober depan.
“Sebelum ini kami hanya dengar komen kawan-kawan yang pernah beraksi di sana.
"Kali ini kami sendiri akan beraksi dan sudah tentu kami ingin memberikan yang terbaik buat peminat.
"Perasaan teruja itu pasti ada. Kali pertama nak jejak kaki ke pentas yang selalu dicanang tempat bagus dan bertaraf dunia,” jelasnya.
Lagu Yang Dipersembahkan
Dalam pada itu, menurut vokalis Wings, Datuk Awie menjelaskan biarpun nama konsert tersebut diambil daripada salah satu album mereka, namun bukan bermakna kesemua lagu daripada album tersebut akan dipersembahkan.
“Bukan semua lagu dari album Naga Kramat akan dipersembahkan. Mungkin ada lagu dari album itu, ia hanyalah nama konsert ini sahaja memandangkan album ini mempunyai sejarah Wings yang tersendiri.
"Ia ‘sentimental value’ di antara kami. Yang pastinya saya nak bagi peminat puas dan lagu – lagu best buat mereka yang datang.
"Saya ingin mereka mencipta memori setiap kali menyaksikan persembahan atau konsert kami.
"Mereka datang berbayar dan bukan percuma, saya akan menghargainya dengan membuat persembahan yang terbaik,” katanya.
Tiket Konsert
Bagi yang berminat, tiket konsert Naga Kramat kini sudah mula dijual secara dalam talian di www.ticket2u.com.my/nagakramat .
Harga tiket mengikut kategori bermula dari RM244 (Bujang Senang), RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama). -Gempak
Gempak
Sun Sep 25 2022
Naga Kramat merupakan tajuk bagi sebuah album Wings yang diterbitkan pada tahun 2002 yang juga merupakan album ke-10 kumpulan itu.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Faktor cuaca punca Rock Warrior Music Festival ditangguhkan
Acara Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung 23 dan 24 Novemberi ini akan ditunda ke satu tarikh baharu sekitar Mei 2025.
Saya sedia untuk kembali beraksi! - Jojet idam keluar dari 'persaraan', buat 'come back'
Jika diberi peluang, dia sudah bersedia untuk keluar dari 'persaraannya' dan kembali beraksi melantunkan ketukan dram yang dirindukan kebanyakan peminat tegar muzik rock tanah air.
Wings janji The Rock Emperor Penang Chapter lebih hebat dan gempak!
Selepas 37 tahun berlalu, Awie dan Wings kembali beraksi di Pulau Mutiara pada 24 Februari ini.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Search, Wings, Butterfingers gegar Nusa Fest 8 & 9 Julai ini
Ia menjadi tanda aras festival yang menyatukan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bakal dilangsungkan buat pertama kali.
Konsert Naga Kramat bukti Wings kumpulan rock terunggul
Konsert yang diberi nama Naga Kramat itu jadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2022, Sabtu, jam 8 malam.
Wings teruja buat penampilan antarabangsa pertama
Awie berkata, mereka sangat teruja kerana ia langkah pertama mereka ke arena global selepas 37 tahun aktif di pentas.
Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie
Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday.
'15 minit tiket dah sold out!' - Awie terkejut, janji kelainan pada konsert Wings Di DFP
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).