Konsert Selena Gomez di Shah Alam Julai ini

Madiha Abdullah
April 5, 2016 10:49 MYT
Konsert Selena bakal berlangsung di Shah Alam pada 25 Julai ini.Foto/Twitter
BERITA baik buat peminat bintang pop antarabangsa, Selena Gomez. Buat pertama kalinya, penyanyi dan pelakon terkenal itu akan ke Malaysia pada 25 Julai ini untuk mengadakan konsert.
Konsert berkenaan adalah sebahagian daripada siri jelajah The Revival Tour yang akan bermula di Amerika Syarikat Mei ini.

The wait is finally over! Selena Gomez confirms her Revival Tour Live in Malaysia, 25th Julyhttps://t.co/BzvPtW8CZs

— PR Worldwide (@PRWorldwide) April 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Calling all Malaysian #Selenators! Selena Gomez is heading our way for her #RevivalWorldTour! Date: July 25th,... https://t.co/pAo9zpszCm

— Universal Music Msia (@UMusicMalaysia) April 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bakal mengambil tempat di Stadium Malawati, Shah Alam, ia akan menjadi kemunculan pertama Gomez dalam konsert berskala besar di negara ini.
Bekas teman wanita Justin Bieber itu sebelum ini pernah dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2014, sebelum membatalkannya atas sebab kesihatan.
Album terbaharu Gomez, Revival, yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Same Old Love dan Hands to Myself, sudah terjual kira-kira 500 ribu unit di Amerika Syarikat.
Tiket-tiket konsert akan mula dijual 11 April ini, dengan harga bermula dari RM285.
#konsert #Malaysia #Selena Gomez #Stadium Malawati