PEMINAT kepada penyanyi playback tersohor India, Shreya Ghoshal meluahkan rasa kecewa apabila konsert yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember hadapan terpaksa ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
Menerusi hantaran di media sosial rasmi penganjur Shreya Ghoshal Live In KL 2022, Shiraz Projects, tarikh baharu akan diumumkan kelak.
"Kami dengan rasa dukacitanya memaklumkan Shreya Ghoshal Live In KL di Plenary Hall, KLCC yang dijadualkan pada 10 Disember 2022 terpaksa ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak kerana masalah yang tidak dalam dielakkan.
"Makluman tarikh baharu akan diumumkan pada awal minggu hadapan.
"Kami memohon maaf atas perkara terbabit dan mengalu-alukan kedatangan kalian ke konsert Shreya pada tahun hadapan," maklum Shiraz.
Di ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa kecewa apabila tidak dapat mengubat kerinduan menyaksikan penyanyi bersuara buluh perindu itu.
"Tolonglah bagi tahu kami kenapa tunda?
"Janganlah clash dengan konsert AR Rahman pada Januari depan, atau kembalikan semula wang kami kerana tidak semua menetap di KL.
"Bagi tahu kami kenapa, sebab kami datang dari Kelantan. Kalaulah kurang sambutan, tukar saja ke tempat lebih kecil.
"Saya tahu sukar untuk menerimanya tapi pastinya kita akan menikmati persembahan luar biasa tahun hadapan. Bertabahlah Malaysia!
"Saya dah book hotel untuk konsert kali ini. Tolonglah reschedule secepat mungkin," demikian luahan beberapa pengguna di media sosial.
Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award untuk Penyanyi Playback WanitaTerbaik.
Selain nyanyian playback, beliau muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serba boleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.
Beliau juga tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017. -- Gempak
Gempak
Sun Dec 04 2022
Menerusi hantaran di media sosial rasmi penganjur Shreya Ghoshal Live In KL 2022, Shiraz Projects, tarikh baharu akan diumumkan kelak. - Gempak
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Konsert Shreya Ghoshal ditunda, luluh hati peminat
Shreya Ghoshal meluahkan rasa kecewa apabila konsert yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember hadapan terpaksa ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.