Konsert solo Salamiah Hassan di Istana Budaya bermula hari ini

Astro Awani
Januari 10, 2014 06:19 MYT
Salamiah Hassan - Foto Astro AWANI
Konsert solo Salamiah Hassan bakal berlangsung pada Jumaat hingga Ahad di Istana Budaya.
Salamiah Hassan mengakui menyanyi adalah kehidupannya dan belum terfikir untuk berhenti.
Tidak pernah berkecil hati dengan jatuh naik industri muzik, dia terharu apabila ada pihak sudi menaja konsert solonya yang pertama.
Tawaran mengadakan konsert itu datang pada usianya mencecah 63 tahun.
Diterbitkan oleh Raja Azmi, Konsert Gelombang Salamiah Hassan menjadi pembuka tirai Istana Budaya untuk tahun 2014.
#Istana Budaya #Konsert Gelombang Salamiah Hassan #Salamiah Hassan