awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
Fuziah dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PKR
MALAYSIA
Permintaan sertai perkhidmatan awam kekal tinggi, SPA jangka 1.3 juta permohonan
MALAYSIA
Lebih 10,000 pesalah jalani hukuman khidmat masyarakat setakat tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Konsert Spider Unplugged tampil sisi lebih intim, format akustik

Bernama
Bernama
21/06/2025
10:33 MYT
Konsert Spider Unplugged tampil sisi lebih intim, format akustik
Kumpulan Spider bergambar selepas pelancaran konsert Spider Unplugged yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena pada 25 Oktober depan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Selama hampir tiga dekad dalam industri muzik, kumpulan rock Spider yang dikenali dengan gabungan muzik ska, terus relevan sehingga ke hari ini selain turut berjaya menarik peminat baharu meskipun gelombang popularitinya pernah surut seketika.

Ringkasan AI
  • Kumpulan Spider akan menganjurkan konsert Spider Unplugged pada 25 Oktober 2025 di Mega Star Arena, menampilkan susunan muzik akustik dengan elemen string, brass dan percussion untuk pengalaman lebih intim dan dinamik.
  • Konsert ini menjadi penghormatan kepada dua anggota asal yang telah meninggal dunia, dan peluang memperkenalkan semula Spider kepada generasi muda bersama dua anggota baharu, Iss dan Pown.
  • Spider bercadang adakan konsert orkestra dan jelajah ke kawasan pedalaman dan IPT sempena ulang tahun ke-30 pada 2026, sambil terus memperluas pengaruh muzik mereka yang dianggap kekal relevan sejak hampir tiga dekad.

Menghargai kesetiaan peminatnya yang terus bersama mereka hampir 30 tahun, kumpulan legenda ini bakal menggegarkan pentas dengan sisi berbeza daripada sebelum ini menerusi konsert Spider Unplugged, sebuah persembahan istimewa yang jarang dipraktikkan dalam kalangan band rock khususnya di negara ini.
Bakal berlangsung di Mega Star Arena pada 25 Okt depan, vokalisnya, Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam berkata konsert unplugged dalam format akustik itu merupakan antara impian yang sudah lama dihasratkan, akan menampilkan susunan muzik lebih intim, dinamik dan bertenaga.
"Ia agak mencabar kerana unplugged biasanya dipersembahkan dalam bentuk showcase tapi kali ini, kita buat dalam konsert besar. ...mungkin ada lagu yang diolah semula dalam gaya joget, inang atau dimainkan perlahan dengan iringan gendang.
"Kita juga akan gunakan elemen string, brass dan percussion daripada pemuzik jemputan untuk mempelbagaikan persembahan. Selalunya konsert unplugged, duduk-duduk pun dah cukup tapi kali ini, kami bawa ke skala lebih proper sebagai satu konsert penuh kepada penonton," katanya pada sidang media selepas pelancaran konsert itu baru-baru ini.
Popular dengan lagu seperti Phobia, Aladin, Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi dan Nazraku, Spider kini dianggotai Tam (vokal), Aie (dram) serta dua anggota baharu, Iss (bass) dan Pown (gitar), menggantikan Tony dan Napie yang masing-masing meninggal dunia pada 2021 dan 2024.
Mengakui kehilangan dua anggota asal itu begitu memberi kesan mendalam terhadap dinamika kumpulan ini, namun begitu, Tam percaya akan keupayaan anggota baharu Spider mampu menggalas peranan tersebut dengan sebaiknya.
"Kesedihan itu tetap ada, tapi kita ambil semangat arwah dan teruskan perjuangan. Saya percaya dengan dua player (Iss dan Pown) baharu ini... mereka ada sentuhan tersendiri. Konsert ini juga akan menjadi ruang menarik generasi baharu yang mungkin mengenali Spider melalui radio atau media sosial.
"Kami nak tarik peminat generasi muda. Mungkin mereka kenal lagu tapi belum pernah tonton Spider secara langsung. Ini peluang untuk mereka alami sendiri muzik kami dalam bentuk paling jujur," katanya sambil menambah konsert itu dianjurkan Naga Legend Entertainment.
Spider bercadang adakan konsert orkestra dan jelajah ke kawasan pedalaman dan IPT sempena ulang tahun ke-30 pada 2026. - Foto Bernama
Spider bercadang adakan konsert orkestra dan jelajah ke kawasan pedalaman dan IPT sempena ulang tahun ke-30 pada 2026. - Foto Bernama
Mengenai perancangan masa depan, Tam mengimpikan konsert bersama orkestra dan siri jelajah ke kawasan pedalaman serta institusi pengajian tinggi sebagai inisiatif memperluaskan capaian muzik Spider kepada khalayak pelbagai, bersempena ulang tahun Spider ke-30 tahun depan.
"Kami dah lama simpan hasrat nak bawa muzik Spider ke luar bandar dan universiti, bukan sekadar konsert tapi sesi perkongsian ilmu. Kami percaya muzik bukan sekadar hiburan kerana ia mempunyai nilai budaya dan pengajaran," katanya.
Sementara itu, wakil penganjur Naga Legend Entertainment Fandy Alias berkata Spider dipilih kerana muzik mereka yang kekal relevan dan berpotensi untuk diteroka dalam pendekatan baharu yang lebih segar.
"Walaupun banyak konsert dianjurkan kebelakangan ini, Spider Unplugged pasti beri pengalaman berbeza. Kita dah lama tak ada konsert unplugged berskala besar seperti ini. Siapa yang tak datang, pasti rugi," katanya.
Tiket dijual pada harga RM198 hingga RM388 dan boleh didapati menerusi laman web www.ilassotickets.com/spiderunplugged.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konsert Spider Unplugged
#Mega Star Arena
#Tam Spider
#ulang tahun Spider ke-30
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami