awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi: Aamir Khan namakan anjingnya Shah Rukh

Gempak
Gempak
17/03/2015
09:00 MYT
Kontroversi: Aamir Khan namakan anjingnya Shah Rukh
Aktor popular kelahiran Mumbai, Aamir Khan tidak terlepas daripada mencetuskan pelbagai kontroversi di India.
Nama Aamir Khan bukan lagi asing dalam dunia perfileman Bollywood. Baru sahaja menyambut harijadinya yang ke-50 pada 14 Mac yang lalu, aktor kelahiran Mumbai ini tidak terlepas daripada mencetuskan pelbagai kontroversi di India.
Sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek, tidak hairan lakonan Aamir sentiasa menerima pujian hebat oleh umum.
Namun terdapat beberapa kontroversi atau skandal yang dicetuskan oleh Aamir sendiri sehingga memberi impak kepada hubungan dengan bintang ternama Bollywood yang lain.
Berikut 6 masalah yang ditimbulkan oleh Aamir Khan Sendiri:
Perang Dengan Amitabh Bachchan
Aamir Khan tanpa berselindung menyatakan bahawa lakonan dan tarian oleh Amitabh Bachcan menerusi filem Black sesuatu yang menjengkelkan dan dia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh bintang yang disapa dengan nama Big D.
Kenyataan Aamir Khan disambut dingin oleh Amitabh Bachchan dan sehingga kini masih tidak bertegur sapa.
Sikap Curang Dengan Aktres Bollywood
Bukan hanya sekali Aamir Khan dituduh curang terhadap bekas isterinya, Reena Dutta. Dahulu dia pernah dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita Inggeris dan mempunyai seorang anak.
Selain itu, Aamir dituduh pernah bercinta dengan Preity Zinta dan Pooja Bhatt dan semuanya hubungan istimewa ini berlaku saat dia dan Reena masih sah bergelar suami dan isteri.
Perang Dengan Adiknya
Semua tahu hubungan Aamir Khan dengan adiknya, Faisal Khan sehingga kini kurang baik. Mereka dikhabarkan pernah bergaduh di khalayak ramai kerana sikap Aamir yang bersikap kurang sopan terhadap Faisal.
Faisal mendakwa Aamir sering menuduh dirinya seorang yang sakit mental dan terpaksa bergantung dengan pelbagai ubat-ubatan sejak bertahun dahulu. Kesal dengan tuduhan tersebut, akhirnya Faisal mengambil keputusan untuk tidak tinggal serumah dengan Aamir.
Namakan Anjingnya Shah Rukh
Dunia Bollywood kecoh apabila Aamir Khan pernah memberi kenyataan bahawa kakinya pernah dijilat oleh Shah Rukh. Kenyataan tersebut membuatkan hubungan Shah Rukh Khan dan Aamir menjadi tegang.
Namun kemudian Aamir menjelaskan Shah Rukh yang dimaksudkan adalah seekor anjing yang dipeliharanya. Hubungan panasa mereka akhirnya semakin baik dan mula bertegur sapa setelah bertahun lama bermusuhan.
Telajang di Poster Filem PK
Aamir Khan sering buat peminatnya terkesima menerusi karakter yang dibawa dalam filemnya. Namun baru-baru ini dia dikecam selepas tampil bogel dalam poster filem terbarunya, PK.
Tidak hanya poster, filem tersebut turut menimbulkan kontroversi mengenai isu agama walaupun ianya mendapat hasil kutipan yang luar biasa.
Perang Dengan Pengarah Filem
Tidak terlepas, Aamir Khan turut pernah berperang dengan pengarah, Sanjay Leela Bhansali yang mengarahkan filem Black kerana terang-terangan mengutuk filem tersebut.
Malah Aamir juga turut berselisih pendapat dengan beberapa pengarah filem di Bollywood sehingga nama kerap di senarai hitam oleh mereka. -- Astro Gempak
Topic Berkaitan
#Aamir Khan
#Bollywood
#India
#Mumbai
#Shah Rukh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan