LOS ANGELES: Menutup kontroversi lama yang bertiup sejak empat tahun lalu, penyanyi Selena Gomez dan model Hailey Bieber dilaporkan berbaik selepas dilihat mesra di Acara Tahunan Muzium Akademi 2022 yang berlangsung di Los Angeles, Sabtu lalu.
Memetik laporan Billboard, kehadiran Gomez dan Hailey Bieber ternyata mencuri perhatian ramai selepas dilihat mengambil gambar bersama sambil bersandar rapat.
Baru-baru ini, Hailey yang muncul dalam podcast Call Me Daddy menegaskan dia tidak pernah menjadi orang ketiga dalam hubungan Selena dan Bieber, sekali gus merampas Bieber dari Gomez.
"Bukan sifat saya untuk bergelar perampas. Tidak, tidak pernah dan tidak berminat untuk lakukan hal itu.
“Ketika kami memulakan hubungan, Justin tidak lagi berada dalam hubungan lama. Jika kami sudah move on, kenapa mereka tidak boleh?
“Saya dibesarkan dengan nilai moral lebih baik berbanding apa diperkatakan tentang saya.
"Saya tidak berminat merosakkan hubungan orang dan tidak sesekali melakukan perkara itu,” luah Hailey.
Sehingga kini, meskipun Hailey dan Bieber sudah berbahagia, dirinya masih menerima kecaman yang tidak boleh menerima kenyataan daripada peminat Selena Gomez.
Susulan temu bual itu, Gomez turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir peminatnya yang melakukan buli siber terhadap Hailey.
“Ada beberapa hal yang saya rasa saya tidak perlu nampak atau tahu kerana ia hal yang jijik dan keji untuk dituturkan.
"Tidak adil dan saya rasa tidak perlu seorang pun patut berkata dalam cara begitu,” luahnya menerusi Tiktok.
Untuk rekod, Hailey dan Justin berkahwin selepas beberapa bulan Justin dan Selena berpisah pada September 2018.
Susulan perkahwinan mereka, para peminat melabel Hailey sebagai perampas dalam hubungan Justin dan Selena yang sudah masuk tahun kelapan.
Faida Rahim
Tue Oct 18 2022

Hailey yang muncul dalam podcast 'Call Me Daddy' menegaskan dia tidak pernah menjadi orang ketiga dalam hubungan Selena dan Bieber sekali gus merampas Bieber dari Gomez. -Instagram @tyrellhampton

'Terima kasih atas layanan berperikemanusiaan luar biasa Hamas' - Bekas tawanan
Pembebasan tawanan Hamas mendedahkan kepada dunia akhlak sebenar kumpulan pejuang Palestin itu yang cuba digambarkan sebagai kejam oleh Israel.
ERW Expo: Hasil karya wanita cekal dan hebat
Ekspo "Empowering Refugee Women” mempersembahkan hasil kerja daripada lapan gerakan wanita memperjuangkan pelarian yang bertapak di Kuala Lumpur. Saksikan pameran dan perkongsian usaha mereka dalam meningkatkan keupayaan dan memberi inspirasi kepada semua wanita. Niaga AWANI bersiaran langsung di Asia School of Business bermula jam 9.00 pagi.

Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus
Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.

Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.

Tiga beranak cemas diserang gajah
Berpantang maut sebelum ajal, tiga beranak berdepan detik mendebarkan apabila kereta dinaiki mereka diserang sekawan gajah liar di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli.
Usah putuskan China dari rantaian bekalan global - Li Qiang
Perdana Menteri China, Li Qiang membantah usaha Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah daripada memutuskan China daripada rantaian bekalan perdagangan global dan menyatakan kesediaan untuk mengeratkan kerjasama.
Sarawak tiada hasrat turunkan had umur belia kepada 30 tahun
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan ketika ini masih ada keperluan untuk mengekalkan had umur yang lebih tinggi dalam pentadbiran ataupun jawatankuasa persatuan belia bagi menguruskan aset dan kewangan.
Jumlah perdagangan Malaysia RM239.5 bilion pada Okt 2023
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berjumlah RM239.5 bilion (Sept 2023: RM224.4 bilion), dengan eksport dan import, masing-masing sebanyak RM126.2 bilion dan RM113.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Perak bentang Bajet 2024 pada Jumaat ini
Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2024 oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bakal menjadi tumpuan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula Jumaat ini.
Perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.

‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok
Kalangan masyarakat global di media sosial menyifatkan peranan Amerika sebagai hero dalam konflik Asia Barat sebagai satu pembohongan.

PM Anwar bertemu syarikat gergasi teknologi di San Francisco
Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft dan TikTok.

Kehadiran Malaysia di APEC akan menyumbang ke arah usaha tangani isu kritikal di Asia Pasifik
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia pada AELM ke-30 dari 14 hingga 17 Nov 2023, mencerminkan cadangan penglibatan aktif Putrajaya dalam forum serantau.

EU siasat TikTok, YouTube mengenai perlindungan kanak-kanak
EU mendakwa, pihaknya sudah menghantar permohonan rasmi untuk maklumat masing-masing kepada Tiktok dan YouTube.

Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.

UiTM Lendu mohon maaf video seram tersebar
Hasil siasatan video berkenaan merupakan pengalaman peribadi mereka dan ia tidak mewakili seluruh pelajar di kampus tersebut.

'Saya sangat marah' - Fahmi dedah ada bukti TikTok turunkan kandungan Perang Palestin-Israel
Fahmi mendedahkan terdapat bukti bahawa penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik telah menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.

KKD temu TikTok Khamis ini berhubung kandungan mengenai Palestin disekat
Fahmi berkata pertemuan tersebut akan diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat induk Tiktok.

KKD terima aduan kandungan isu Palestin-Israel disekat di TikTok- Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima aduan daripada pengguna aplikasi TikTok, berhubung kandungan yang dihasilkan membabitkan isu konflik Israel-Palestin, disekat dari platform berkenaan.

Ahli Pas tidak pernah diajar minta bayaran, habuan - Ketua Pemuda Pas
Ahli Pas tidak pernah diajar meminta bayaran atau mendapat habuan daripada perjuangan.