awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korupsi politik dalam Broken City

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
23:28 MYT
Korupsi politik dalam Broken City
Mark Wahlberg dilaporkan menerima tawaran keemasan untuk membintangi filem terbaru “Broken City”.
Pelakon itu menyatakan, dia gembira dengan tawaran dan peluang yang diberikan selain menyifatkan jalan cerita filem ini sukar dijangka dan dipenuhi misteri.
“Antara kelebihan saya menerusi filem ini adalah berkesempatan berlakon di samping Russell Crowe sekaligus mengembangkan bakat bersamanya,” kata Wahlberg.
Wahberg bakal memainkan peranan sebagai seorang pegawai polis bernama Billy Taggart yang kemudiannya menjadi penyiasat persendirian.
Berlatarbelakangkan New York, Billy diupah oleh klien berprofil tinggi iaitu Datuk Bandar New York sendiri yang bakal dijayakan oleh Crowe.
Bagaimanapun Walhberg mendakwa tugasannya di dalam filem ini melangkaui jangkaan.
“Begitu jarang sekali untuk mana-mana pengarah membuat filem seperti ini berikutan jalan ceritanya yang unik selain sukar untuk menjangka bagaimana filem ini akan berakhir,” tambahnya.
“Broken City” merupakan sebuah filem aksi thriller, turut menyentuh isu perhubungan, kebuluran, hartanah dan korupsi politik.
Walaupun berminat dengan dunia politik, pelakon berusia 41 tahun ini tidak bercadang untuk menceburi bidang berkenaan.
“Ramai orang yang suka mengikuti perkembangan isu politik, dimana pada masa sekarang ini pun kita boleh lihat betapa banyaknya korupsi dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di Amerika Syarikat dan seluruh dunia,” ujarnya.
Pelakon ini mendakwa, filem ini bakal memberikan impak yang besar terhadap ahli politik selain mengharapkan ianya mendapat sambutan yang memberansangkan nanti.
Sementara itu, filem ini turut dibintangi Catherine Zeta Jones dan Jeffrey Wright.
Topic Berkaitan
#Broken City
#Mark Wahlberh
#Russell Crowe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan