HIBURAN
Kostum baharu 'Spider-Man: Brand New Day’ didedahkan
Teaser memaparkan rekaan kostum baharu berwarna merah dan biru terang, dengan garisan hitam timbul serta corak jaring halus yang menyerupai rekaan klasik komik Marvel. -YouTube Marvel Entertainment
MARVEL Entertainment memperkenalkan kostum baharu bagi watak Spider-Man lakonan Tom Holland menerusi satu teaser ringkas sempena sambutan Hari Spider-Man pada Khamis.
Ringkasan AI
Filem terbaharu bertajuk "Spider-Man: Brand New Day" dijadual ditayangkan pada 31 Julai 2026, dengan Holland kembali memegang watak utama sebagai Peter Parker.
Teaser berdurasi sembilan saat yang dimuat naik di platform media sosial rasmi Sony memaparkan rekaan kostum baharu berwarna merah dan biru terang, dengan garisan hitam timbul serta corak jaring halus yang menyerupai rekaan klasik komik Marvel.
Filem berkenaan akan diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, yang sebelum ini mengarahkan "Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings", manakala skrip ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers.
Antara pelakon yang turut membintangi filem ini ialah Zendaya sebagai MJ, Jacob Batalon sebagai Ned Leeds, serta Jon Bernthal yang akan membawa watak The Punisher.
Sadie Sink dan Liza Colón-Zayas turut disenaraikan dalam barisan pelakon, namun watak mereka masih belum didedahkan.
"Brand New Day" merupakan kesinambungan kepada filem "Spider-Man: No Way Home" (2021), yang menyaksikan Peter Parker memulakan hidup baharu selepas identitinya dilupakan oleh semua orang akibat sihir Doctor Strange.
Menurut Holland, filem ini akan menampilkan pendekatan lebih realistik dan emosional, dengan penggambaran dijalankan di lokasi sebenar seperti Glasgow.
Ringkasan AI
- Marvel Entertainment perkenal kostum baharu Spider-Man lakonan Tom Holland sempena teaser "Spider-Man: Brand New Day".
- Filem dijadual tayang 31 Julai 2026, diarahkan oleh Destin Daniel Cretton dengan barisan pelakon termasuk Zendaya, Jacob Batalon dan Jon Bernthal.
- Jalan cerita sambung dari "No Way Home", tampil pendekatan lebih realistik dan emosional dengan penggambaran di lokasi sebenar.