[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
HIBURAN

'K-Pop Demon Hunters' jadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan

Bernama 18/09/2025 | 09:50 MYT
Filem animasi muzikal K-Pop Demon Hunters menjadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan, dengan 314.2 juta tontonan sejak tayangan pada 20 Jun. -Foto KPOP Demon Hunter
LOS ANGELES: Filem animasi muzikal Netflix, "KPop Demon Hunters," muncul sebagai filem pertama di platform itu yang mencapai 300 juta tontonan, menurut syarikat penstriman berkenaan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Filem animasi muzikal K-Pop Demon Hunters menjadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan, dengan 314.2 juta tontonan sejak tayangan pada 20 Jun.
  • Filem ini mengisahkan kumpulan gadis K-pop Huntr/x yang menjalani kehidupan berganda sebagai pemburu syaitan, dan diterbitkan oleh Sony Pictures Animation.
  • Kejayaan filem turut melonjakkan runut bunyinya ke carta muzik global, dengan lirik dalam bahasa Korea menarik perhatian peminat antarabangsa.


Sejak dilancarkan pada 20 Jun, filem berkenaan merekodkan lebih 314.2 juta tontonan di seluruh dunia sehingga 14 Sept.

Netflix yang memiliki lebih 300 juta pelanggan global berkata angka itu secara statistik menunjukkan setiap pelanggan menonton filem itu sekurang-kurangnya sekali.

Syarikat itu hanya mengira jumlah tontonan untuk tempoh 91 hari selepas tayangan, bermakna pengiraan rasmi untuk "KPop Demon Hunters" berakhir pada 19 Sept.

Diterbitkan oleh Sony Pictures Animation, filem fantasi itu mengisahkan kumpulan gadis K-pop Huntr/x, tiga wanita muda yang menjalani dua kehidupan sebagai pemburu syaitan.

Kejayaan luar biasa filem itu turut melonjakkan runut bunyinya yang sarat dengan elemen K-pop ke carta muzik global, termasuk lirik dalam bahasa Korea.

-- BERNAMA




#Netflix #Filem animasi muzikal #300 juta tontonan #Sony Pictures Animation