'Kri, mak tak nak bala datang kepada keluarga kita'

Sinar Harian
Ogos 21, 2018 14:34 MYT
Rozita Ibrahim menegur anaknya itu susulan tindakannya memuat naik video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan. -Foto Sinar Harian
BENARKAH kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingannya.
Selepas Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu susulan tindakannya memuat naik video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan.
Rozita yang mesra disapa bonda menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.
"Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri... Kri insan baik.
"Jangan dekati... kawan dan bantu golongan fasik murka ALLAH. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima... ada hadisnya," komen Rozita dalam status posting di Instagram anaknya itu.
BACA: Saya mengaku silap - Aliff Syukri
#Aliff Syukri #menjijikkan #Rozita Ibrahim #usahawan kosmetik #Wardina #Wardina Safiyyah