awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kristen Stewart lakonkan watak Puteri Diana dalam biopik baharu

Agensi
Agensi
18/06/2020
03:44 MYT
Kristen Stewart lakonkan watak Puteri Diana dalam biopik baharu
Filem biopik 'Spencer' mengetengahkan detik ketika Puteri Diana membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinannya dengan Putera Charles. - Gambar fail
BINTANG Hollywood yang mencipta kemyashuran menerusi filem Twilight, Kristen Stewart, 30, bakal melakonkan watak Puteri Diana dalam biopik baharu, Spencer.
Filem drama itu mengetengahkan detik apabila Diana membuat keputusan menoktahkan perkahwinannya dengan Putera Charles ketika sedang bercuti sempena sambutan Krismas di rumah mereka di Sandringham di Norfolk, England.
Produksi filem yang ditulis oleh Steven Knight itu dijangka bermula pada awal 2021 bawah arahan Pablo Larraín.
“Kami ingin menerbitkan filem yang boleh tersebar luas dan boleh berhubung dengan penonton di serata dunia yang teruja dengan kisah hidup yang amat menarik ini,” kata pengarah itu kepada Deadline.com.
“Saya pernah tonton filem Kristen yang cukup berkepelbagaian, menunjukkan lapisan berbeza dan kekuatannya sebagai pelakon,” tambah sutradara itu lagi.
Pengarah itu menjelaskan bahawa filem itu akan menerokai perjalanan Diana yang berusaha mencari identitinya sendiri.
“Dengan itu, ia tidak bermakna dia perlu berada di sisi seseorang, menjadi sebahagian daripada apa-apa, tetapi hanya menjadi dirinya sendiri dan bersama anak-anaknya.
“Kami percaya filem ini akan mencetus minat di seluruh dunia,” kata Larraín.
Projek oleh CAA Finance dan FilmNation Entertainment itu ditulis oleh Steven Knight yang turut terkenal dengan tulisan siri Peaky Blinders.
Susulan popularitinya yang memuncak dengan siri filem Twilight, Kristen Stewart menceburi pelbagai genre termasuk drama, misteri dan aksi seperti filem Personal Shopper, Snow White and the Huntsman, Charlie’s Angels dan The Runaways.
Topic Berkaitan
#biopik
#filem
#Hollywood
#Kristen Stewart
#Pablo Larra n
#Pablo Larrain
#Princess Diana
#Spencer
#Steven Knight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan