awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kubur bekas isteri pelawak popular Indonesia, Sule digali semula

Gempak
Gempak
11/01/2020
08:56 MYT
Kubur bekas isteri pelawak popular Indonesia, Sule digali semula
Sule berkata, selama mengenali bekas isterinya, arwah tidak mempunyai penyakit yang serius dan jarang sakit. - Foto: Carian Google
PENYANYI Rizky Febian yang juga anak lelaki pelawak popular Indonesia, Sule membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan punca kematian ibunya, Linda Jubaidah.
Laporan tersebut dibuat Rizky kerana berasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang kematian ibunya.
Sehubungan itu, Pasukan forensik dan penyelidik dari Bandung Polrestabes diarahkan untuk menggali semula kubur bekas isteri pelawak popular tersebut.
Menurut laporan portal Dream.co.id, Sule turut menyatakan rasa hairan dengan penyakit kronik yang menyebabkan bekas isterinya meninggal dunia.
Sule berkata, selama mengenali bekas isterinya, arwah tidak mempunyai penyakit yang serius dan jarang sakit.
Ketua Bidang Hubungan Masyarakat Polda Jabar Kombes S Erlangga mengesahkan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan punca kematian akan dianalisis.
Kubur arwah digali semula selepas pihak polis menerima laporan daripada Rizky pada 6 Januari lalu.
Bukan sahaja menggali kubur, polis akan menjalankan proses autopsi pada tubuh mendiang.
Bagaimanapun proses penggalian semula kubur yang dijadualkan bermula pukul 8 pagi (waktu Indonesia Barat) itu terpaksa ditunda kerana hujan.
Ketika proses tersebut keluarga mendiang yang berada di pusara Lina dilihat gagal mengawal emosi dan menangis.
Mayat Lina kini berada di Hospital Hasan Sadikin, Bandung untuk dibedah siasat dan pemeriksaan makmal mengambil masa dua minggu.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#keluarga
#meninggal dunia
#pelawak Indonesia
#polis
#Rizky Febian
#Sule
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan