[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
ENTERTAINMENT

Kutipan filem Dilwale terjejas, Shah Rukh Khan enggan minta maaf

Madiha Abdullah 23/12/2015 | 07:48 MYT
Kutipan Dilwale dilaporkan gagal mencapai angka seperti yang diharapkan.
BIARPUN kutipan filem terbaharunya tidak seperti yang diharapkan, hero terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan mengakui kesal namun tetap tidak berganjak daripada pendiriannya.
Dalam satu temu ramah bulan lalu, Shah Rukh Khan mengeluarkan kenyataan bahawa sikap toleransi masyarakat semakin berkurangan di India dan ia dikatakan punca tayangan filem tersebut disekat.
Banyak pihak khususnya aktivis kemasyarakatan menuduh Shah Rukh sebagai tidak menghormati negara sendiri apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Tak sampai 24 jam, treler filem baru SRK dan Kajol cecah 1 juta tontonan
Namun bagi aktor berusia 50 tahun itu, dia tidak menyesal mengeluarkan kenyataan itu kerana dia berhak menyuarakan pendapat sebagai warganegara.
Beberapa daerah di India dilaporkan tidak membenarkan tayangan filem berkenaan, sekali gus memberi kesan kepada jualan tiket keseluruhan.
Dilwale merupakan antara filem paling dinantikan tahun ini oleh peminat filem Hindi, dan ia menggandingkan kembali Shah Rukh Khan dengan Kajol.
Belum ada angka rasmi kutipan Dilwale setakat ini, namun angka tidak rasmi menyebut ia berada di bawah filem lakonan Deepika Padukone, Bajirao Mastani.
Kedua-dua filem itu mula ditayangkan pada 18 Disember lalu.
#Bollywood #Dilwale #hindi #Kajol #Shah Rukh Khan