Kylie Jenner dedah nama anak

Azyyati Ahmad
Februari 7, 2018 09:09 MYT
Beberapa twit dari ahli keluarganya turut mengesahkan nama Stormi dipilih untuk anak perempuan Kylie hasil hubungan dengan teman lelakinya, Travis Scott. - Foto Instagram
SETELAH ramai berteka-teki apakah nama bayi bintang realiti dan usahawan, Kylie Jenner, hari ini, nama bayi ‘rahsia’ itu didedahkan.
Sebelum ini ramai mengaitkan serangga cantik, rama-rama akan menjadi nama kepada bayi comel itu.
Ternyata sangkaan ramai meleset apabila Kylie memuat naik foto jari-jari kecil anaknya di Instagram dengan kapsyen ‘Stormy Webster’.
Beberapa twit dari ahli keluarganya turut mengesahkan nama Stormi dipilih untuk anak perempuan Kylie hasil hubungan dengan teman lelakinya, Travis Scott.

/p>— Kim Kardashian West (@KimKardashian) February 6, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kylie, 20 sebelum ini mengakui merahsiakan kehamilannya dan bertindak mendiamkan diri dengan pelbagai dakwaan.
Khabar mengenai kehamilannya tersebar pada September, namun tiada pengumuman rasmi dibuat.
Menerusi laman Instagramnya pada Ahad, Kylie mengesahkan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Februari lalu.
Bersama-sama pengumuman itu, Kylie turut berkongsi video pendek mengenai kandungannya.
#bayi #Kylie Jenner #Travis Scott