HIBURAN

Lagu 'Cak Cak Cekuk' Wanie Kayrie bakal warnai sambutan Hari Kebangsaan

Gempak 24/08/2025 | 07:30 MYT
Lagu "Cak Cak Cekuk" nyanyian Wanie Kayrie dipilih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. -Gempak
PENYANYI Wanie Kayrie meluahkan rasa gembira kerana lagu nyanyiannya iaitu Cak Cak Cekuk dipilih sebagai salah satu lagu yang akan dipersembahkan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.


Ringkasan AI
  • Lagu "Cak Cak Cekuk" nyanyian Wanie Kayrie dipilih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
  • Wanie gembira dan bangga melihat latihan persembahan serta pencapaian lagu tersebut yang mencecah 1 juta penstriman di YouTube.
  • Netizen turut teruja dan tidak sabar menantikan persembahan lagu tersebut di TV.


Menurut Wanie, dia sudah mengetahui perkara itu namun memilih untuk menyimpannya sebagai rahsia sehingga tiba waktu sesuai.

“Lama simpan rahsia ni tau, bila adik saya Wina bagi tahu dia terlibat untuk persembahan dan kena perform lagu Cak Cak Cekuk saya sangat-sangat teruja dan tak sabar nak tengok persembahan mereka semua,” tulisnya.

Tambah pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang itu lagi, melihat sesi latihan sahaja sudah membuatkan dirinya berasa sebak dan bangga.

Dalam pada itu, Wanie turut meluahkan rasa syukur kerana lagu tersebut kini berjaya mencecah 1 juta penstriman di YouTube.


“Tapi tengok video rehearsal ni pun dah buat saya goosebumps. Ini hadiah besar sempena 1 Juta CCK juga.

"Alhamdulillah terima kasih pilih lagu CCK sebagai persembahan utama untuk 31 Ogos nanti,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa teruja serta tidak sabar menantikan persembahan lagu Cak Cak Cekuk sempena Hari Kebangsaan.

“Best laa lagu pun, saya suka.

“Comeeyyy”

“Wah terbaiklah happening sangat, tahniah dik Wanie Kayrie.

“Tak sabar nak perform nanti.

“Best lagu ni, tak sabar nak tengok nanti dekat TV,” komen netizen. -Gempak







#Hari Kebangsaan #Cak Cak Cekuk #Wanie Kayrie #latihan persembahan