ENTERTAINMENT
Lagu 'Lights' versi Jepun, jadikan BTS kekal bersinar

Lights merupakan lagu asal bahasa Jepun pertama yang dihasilkan BTS bagi 2019, dan ia dipercayai mempunyai kaitan dan kesinambungan kepada lagu sensasi Boy With Luv - Gambar Instagram @soompi
TIDAK cukup dengan memberi inspirasi kepada peminat dengan lirik lagu Korea, kumpulan termasyhur K-pop BTS kini tampil dengan lagu baharu dalam versi bahasa Jepun.
Lagu yang berjudul ‘Lights’ itu bukan sahaja menjadi trending di seluruh dunia, malah ia juga mempunyai mesej yang bermakna bagi BTS Army sendiri.
Seperti biasa, apa sahaja yang dilakukan oleh kumpulan yang dianggotai tujuh jejaka tampan itu pastinya mendapat reaksi hebat dan tidak kurang juga dengan peminat yang timbul dengan teori tersendiri yang berkaitan dengan video berkenaan.
Berikut merupakan antara respon BTS Army selepas menonton klip video yang berdurasi lebih daripada lima minit itu:
Hasil karya single yang ke-10 iaitu ‘Lights/Boy With Luv’ yang dilancarkan harini bukan sahaja menampilkan lagu ‘Lights’, malah terdapat sebuah lagu sensasi kumpulan itu iaitu ‘Boy With Luv’ yang pernah tersenarai pada Billboard 200 mewakili album ‘Map of the Soul: Persona’.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami