[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Lakonan, persembahan Hugh Jackman beri inspirasi - Shah Rukh Khan

Pritha Manivannan 23/12/2017 | 20:11 MYT
SRK memuji persembahan dan lakonan Hugh Jackman dalam 'The Greatest Showman' - AFP
SUPERSTAR Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) memuji bintang Hollywood Hugh Jackman.
Menurut tweet SRK di laman Twitternya, Jackman sentiasa memberi inspirasi kepada SRK melalui lakonannya.
SRK turut memuji persembahannya dalam filem The Greatest Showman.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Greatest Showman, filem bergenre drama musikal diarahkan Michael Gracey turut menampilkan Zac Efron, Michelle Williams, Rebecca Ferguson dan Zendaya.
Jackman yang memainkan watak P.T. Barnum, sebelum ini pernah memuji SRK di Sydney semasa pelancaran filem tersebut.
Kata Jackman, beliau melakukan banyak tarian dan nyanyian dalam filem muzikal itu dan beliau sentiasa memikirkan SRK.
Tambah Jackman, SRK adalah mentornya dan beliau ingin belajar cara menari daripada bintang Bollywood itu.
#Bollywood #Hollywood #Hugh Jackman #Michelle Williams #Rebecca Ferguson #Shah Rukh Khan #Sydney #Tweet #Zac Efron #Zendaya