awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lan Solo kembali bersama Kristal

Gempak
Gempak
19/12/2018
08:56 MYT
Lan Solo kembali bersama Kristal
LAN tidak sabar untuk kembali beraksi dengan anggota Kristal.
PENYANYI Lan Solo akan kembali bergabung dengan anggota asal kumpulan Kristal bagi menjayakan persembahan Lan Solo Next Level Showcase.
Menurut Lan, hasratnya kembali bersama kumpulan yang bertanggungjawab mempopularkan namanya itu ialah semata-mata kerana mahu mengimbau kenangan yang pernah mereka lalui bersama selama 20 tahun.
“Alhamdulillah, selepas 20 tahun berada dalam industri muzik saya dapat mengadakan showcase ini sebagai hadiah kepada para peminat.
“Bagi saya, setiap penyanyi sudah pasti ada cita-cita yang besar untuk mengadakan showcase dan itu adalah hala tuju yang saya harapkan selama ini.
“Saya akan kembali bersama dengan anggota asal kumpulan Kristal pada showcase ini dan ia merupakan sesuatu yang istimewa bagi saya.
“Antara anggota asal yang akan bersama saya ialah Ainol, Ezal, Joe, Ejan dan Amai. Saya juga akan menjemput beberapa artis undangan lain yang pernah berduet sebelum ini pada showcase terbabit,” katanya kepada Gempak.
Lan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Lan Solo Next Level Showcase di Sari Ratu Prima, Subang Jaya, pada Rabu.
Lan Solo Next Level Showcase akan diadakan pada 2 Mac 2019 di Malaysia Tourism Centre (Matic), Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mahu menyaksikan showcase ini boleh mendapatkan tiket yang mula dijual pada harga RM88 hingga RM149 di talian 01116996610 atau ikuti Facebook Lan Solo untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#kristal
#kumpulan muzik
#Lan Solo
#Malaysia Tourism Centre
#showcase
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan