awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lana Nodin habis RM166,000 bedah hidung

Gempak
Gempak
30/09/2023
08:52 MYT
Lana Nodin habis RM166,000 bedah hidung
Lana berkata telah membelanjakan sejumlah RM166,000 untuk membetulkan hidungnya di Seoul, Korea Selatan, yang pernah senget akibat kemalangan. -Gempak
PELAKON Lana Nodin mengakui telah berhabis ratusan ribu ringgit melakukan pembedahan kosmetik dengan demi kesihatan.
Jelas Lana kepada Utusan Malaysia, dia telah membelanjakan sejumlah RM166,000 untuk membetulkan hidungnya di Seoul, Korea Selatan, yang pernah senget akibat kemalangan.
"Saya akui sudah banyak kali buat pembedahan.
"Rasanya, semua sudah tahu, mula-mula saya menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.
"Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang.
"Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.
"Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi.
"Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan," katanya.
Ditanya sama ada dirinya tidak kisah dengan tohmahan orang dan netizen setiap kali berkongsi mengenai perkara ini di media sosial, Lana tegas memberi jawapan sendiri.
"Orang akan tetap mengata dan mengutuk. Saya okey sahaja, tak kisahlah kalau ada kontroversi atau tidak," katanya ringkas. -Gempak
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Lana Nodin
#bedah hidung
#pembedahan kosmetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan