awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lancar single solo, Akim Ahmad masih bersama Akim & The Majistret

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2021
06:44 MYT
Lancar single solo, Akim Ahmad masih bersama Akim & The Majistret
Lancarkan single Bayang bukan bermakna Akim sudah meninggalkan Akim & The Majistret. - Foto/Instagram Akim Ahmad
KUALA LUMPUR: Lima tahun mencipta magis bersama kumpulan Akim & The Majistret (ATM), vokalisnya, Akim Ahmad kini kembali bergerak solo.
Namun, ia tidak bermakna Akim, 30, atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad sudah meninggalkan kumpulan itu.
Sebaliknya, Akim hanya terbabit dalam sebuah projek lagu atau single solo berjudul ‘Bayang’.
Lagu tersebut merupakan ciptaan Hang Nadim manakala lirik oleh Hang Nadim, Bunga Cantik dan Arisz Ab Rahman.
Ia memberi nafas baharu kepada muzik Akim sekali gus menampilkan sisi berbezanya selepas 12 tahun bergelar anak seni.
Menurut Akim, Bayang adalah lagu yang cukup istimewa kerana ia adalah hasil cetusan idea dia bersama isteri tercinta juga penyanyi terkenal, Stacy.
“Lagu Bayang ini sangat berbeza dengan single saya sebelum ini. Ia boleh disifatkan evolusi saya sebagai seorang penyanyi. Dari segi bunyi dan muzik, ia juga berbeza dengan ATM.
“Muzik Bayang lebih mengenengahkan instrumen elektronik. Malah, ia sangat istimewa kerana merupakan hasil cetusan idea saya bersama dengan Stacy.
“Disebabkan lagu Bayang ini adalah projek solo, saya mahukan sesuatu yang baharu. Sebelum ini, saya pernah bergerak solo.Tapi kali ini saya nak tunjukkan sisi berbeza pula. Setelah lima tahun bersama ATM, mungkin peminat juga ingin melihat saya kembali sebagai Akim Ahmad, penyanyi solo.
“Jadi, inilah buah tangan terbaru untuk peminat yang rindukan Akim Ahmad. Dalam erti kata lain, lagu Bayang ini satu lagi evolusi muzik dan kerjaya saya,” katanya.
Tambah Akim, lagu Bayang sudah lebih setahun disimpan sebelum dirakam dan seterusnya dilancarkan sebagai sebuah single solo.
“Lagu Bayang ini sudah ada dalam simpanan saya sejak setahun lalu iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama lagi. Stacy yang mendengar lagu ini mencadangkan kepada saya untuk merakamkan lagu ini. Tapi, saya cakap nanti dulu.
“Stacy cakap lagu ini sangat sesuai dengan saya. Tapi, ketika itu saya belum dapat tangkap lagi melodi dan muzik lagu ini.
“Tidak sangka kebetulan ada projek terbaru daripada Nova Music yang memerlukan saya untuk merakam sebuah lagu secara solo.
"Lagu yang sesuai pun dah ada jadi saya ambil keputusan untuk terus merakam lagu Bayang. Ketika proses rakaman, Stacy yang menjaga vokal saya. Itu yang saya cakap, lagu ini antara kerjasama istimewa kami. Ada ‘sentimental value’”, katanya.
Berkongsi mengenai lagu Bayang yang baru dilancarkan minggu lalu, Akim berkata, liriknya mengisahkan kehidupan seharian.
Ditanya status ATM, Akim berkata dia dan kumpulan itu akan terus aktif.
“ATM masih ada. Sekarang ini, kami dalam perancangan untuk mengumpul material bagi projek album. Perlukan waktu untuk cari material yang berkualiti.
"Tiada istilah ATM berhenti seketika. Baik saya muncul secara solo mahu pun bersama ATM, semua kena jalan,” katanya.
Lagu Bayang boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan YouTube Music.
Video lirik rasmi lagu ini juga juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music.
Topic Berkaitan
#Akim Ahmad
#single baharu
#Akim & The Majistret
#bayang
#hiburan
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan