PETALING JAYA: Berita gembira untuk semua!

Kini, tiada lagi masalah sambungan Internet perlahan dan sering terputus-putus. Semua gangguan tersebut dapat anda ‘tepis’ dengan Astro Fibre WiFi Kencang.

Agen Jualan Astro Fibre, M Subramaniam (Subrah G) berkata, pelbagai pakej menarik ditawarkan kepada pelanggan menerusi Astro Fibre yang pastinya sangat berbaloi apabila mereka melanggannya.

“Kami menyediakan pakej Internet berkelajuan tinggi yang memang berbaloi kepada pelanggan. Bermula dari 50 megabit sesaat (Mbps) bersama-sama Mesh WiFi percuma, penghala WiFi 6 di bawah pakej kandungan Pek Primary dengan Pek Jimat Kencang RM129.

“Bagaimanapun, sekiranya pelanggan inginkan lebih banyak pakej seperti sukan, rancangan serta menambah kelajuan dari 50Mbps, 100Mbps, 500Mbps sehingga 800Mbps juga boleh.

"Pelanggan turut berpeluang mendapat beg cenderamata berisi powerbank, payung dan cecair pembasmi kuman sekiranya mendaftar bermula hari ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sesi promosi Astro Fibre WiFi Kencang di Astro Premium Kiosk @ IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Penyampai radio HITZ, Keanu Azman pula menekankan jaringan Internet lebih stabil mampu dicapai oleh pelanggan melalui Mesh WiFi percuma yang diberikan termasuk menawarkan lebih banyak saluran percuma.

“Melalui Mesh WiFi ini, satu rumah boleh mendapat capaian Internet yang stabil dan berkelajuan tinggi.

"Tidak kisahlah sama ada bilik anda jauh (daripada penghala) atau di bahagian atas, semua akan mendapat capaian yang sama.

“Selain itu, pakej ini juga menawarkan lebih 85 saluran percuma. Bayar hanya RM129 sebulan, anda dapat semua manfaat ini di bawah satu harga,” katanya.

Di samping itu, personaliti guru bahasa Melayu, Cikgu Zack Kirana berkata, Internet berkelajuan tinggi amat diperlukan pada masa ini terutamanya mereka yang perlu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah, mahupun sekolah.

“Melalui Astro Fibre WiFi Kencang ini merupakan satu solusi yang sangat baik kerana boleh disambungkan kepada banyak peranti. Lebih-lebih lagi, mereka yang mempunyai adik-beradik yang ramai.

“Tambahan, sebagai pendidik, sepanjang saya mengajar semakin laju dan paling penting servis yang ditawarkan selepas kita melanggannya adalah sangat baik,” ujarnya.

Tujuh pakej TV dilancarkan sebagai sebahagian daripada pengalaman baharu Astro termasuk Pek Primary, Pek Entertainment, Pek Sports, Pek Movies, Pek Entertainment Plus, Pek Premium dan Pek Platinum.

Semua pelanggan Astro sedia ada dan baharu boleh mendaftar sekarang di astrofibre.com.my atau hubungi 03-74813000.