WES Craven, pengarah filem seram popular seperti ‘Scream’ dan siri ‘Nightmare on Elm Street’ meninggal dunia pada Ahad di usia 76 tahun.

Mendiang dilapor menghidap barah otak.

“Dukacita kami maklumkan bahawa Wes Craven telah meninggal dunia,” kata keluarganya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, keluarga Craven berada di sisi sebelum mendiang menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu di Twitter, beberapa pelakon ‘Scream’ seperti Courtney Cox dan Rose McGowan berkongsi kesedihan mereka di media sosial.

“Hari ini dunia kehilangan seorang yang hebat – teman dan mentor saya, Wes Craven. Doa saya untuk keluarga mendiang,” kongsi Cox.




Dalam pada itu, kecemerlangan dan kejayaan mendiang dalam menghasilkan beberapa filem yang hebat dirai di Twitter.