HIBURAN
Legenda heavy metal, Ozzy Osbourne meninggal dunia pada usia 76 tahun
Dalam satu wawancara bersama Rolling Stone pada 2023, Osbourne berkata, beliau akan “mati sebagai lelaki paling bahagia” jika dapat membuat satu persembahan terakhir sebagai penghargaan kepada peminat. - Gambar fail AP
LONDON: Penyanyi utama kumpulan legenda, Black Sabbath dan ikon muzik heavy metal dunia, Ozzy Osbourne menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun – hanya beberapa minggu selepas membuat persembahan terakhirnya di kampung halaman, Birmingham, United Kingdom.
Berita duka itu disahkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan keluarga mendiang pada Selasa.
“Dengan kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, kami memaklumkan bahawa insan kesayangan kami, Ozzy Osbourne, telah meninggal dunia pagi ini,”kata kenyataan itu sambil memaklumkan keluarganya berada di sisi mendiang semasa menghembuskan nafas terakhir.
Dalam masa sama, keluarga Osbourne memohon semua pihak menghormati saat-saat sukar yang sedang dilalui mereka ketika ini.
Kematian Osbourne berlaku hanya beberapa minggu selepas persembahan penuh emosi dalam konsert khas ‘Back to the Beginning’, di mana beliau kembali bergabung bersama anggota asal Black Sabbath - Geezer Butler, Bill Ward dan Tony Iommi - buat pertama kali dalam tempoh lebih dua dekad.
Konsert itu turut digambarkan sebagai “penampilan terakhir” Osbourne oleh laman rasmi kumpulan tersebut.
Legenda pentas, selebriti realiti dan simbol kontroversi
Osbourne yang sinonim dengan gelaran “Prince of Darkness”, bukan sahaja dikenali kerana vokal dan persembahan dramatiknya – termasuk insiden menggigit kepala kelawar dan membaling daging mentah ke arah penonton – tetapi juga kisah silamnya yang penuh dengan ketagihan dadah dan alkohol.
Namun begitu, mendiang tetap diangkat sebagai pelopor dan pengaruh besar dalam dunia muzik rock dan heavy metal, sekali gus menjadi tokoh yang disanjungi oleh industri, walaupun sering dikecam oleh kumpulan konservatif dan agama yang menggelarnya penyembah syaitan.
Di peringkat global juga, Osbourne mendapat perhatian menerusi program realiti popular ‘The Osbournes’ yang turut mempopularkan keluarganya — isteri merangkap pengurus Sharon serta anak-anak mereka Kelly, Jack dan Aimee.
Dilahirkan sebagai John Michael Osbourne pada 3 Disember 1948 di Birmingham, Osbourne memulakan kehidupan dengan pelbagai pekerjaan termasuk buruh tapak bina dan pekerja rumah sembelih.
Malah beliau pernah dipenjarakan enam minggu selepas terbabit dalam kegiatan mencuri.
Inspirasi awalnya dalam muzik datang daripada kumpulan The Beatles, khususnya lagu "She Loves You" yang mendorongnya menjadi penyanyi.
Pada 1967, bersama Butler, Iommi dan Ward, beliau menubuhkan kumpulan yang kemudiannya dikenali sebagai Black Sabbath, dengan idea bahawa seperti filem seram, muzik yang ‘menakutkan’ pasti ada peminatnya.
Album pertama mereka, Black Sabbath dirakam hanya dalam dua hari, manakala Paranoid (1970) melonjakkan nama mereka ke carta teratas.
Kejatuhan, kebangkitan dan legasi abadi
Selepas dipecat daripada Black Sabbath pada 1979 akibat masalah dadah dan alkohol, Osbourne melancarkan kerjaya solo yang berjaya dengan 11 album studio, termasuk lagu ikonik seperti Crazy Train dan Mr. Crowley.
Mendiang Osbourne kembali menyertai Black Sabbath pada 1997 dan terus berkarya bersama sehingga dekad terakhir hidupnya.
Insiden gigitan kelawar pada 1982 di Iowa kekal antara peristiwa paling diingati, yang menurut Osbourne, beliau menyangka haiwan itu adalah mainan getah.
“Orang selalu tanya saya, ‘Apa rasa kelawar, Ozzy?’ – Saya jawab, macam masakan mentua saya,” katanya berseloroh dalam satu temu bual bersama NBC pada 1987.
Kehidupan peribadi Osbourne juga penuh dengan liku – daripada perceraian akibat ketagihan, hubungan tegang dengan bapa mentuanya Don Arden, sehinggalah konflik pengurusan yang berlarutan selama dua dekad.
Namun, isterinya Sharon menjadi tulang belakang dalam kejayaan dan pengurusan kerjaya beliau.
Kesihatan merosot dan hasrat terakhir
Sejak 2019, kesihatan Osbourne semakin merosot selepas mengalami radang paru-paru dan beberapa siri pembedahan susulan jatuh di kediamannya.
Pada 2020, beliau mengumumkan doktor mengesahkannya menghidap penyakit Parkinson.
Walaupun bergelut dengan kesihatan, beliau tetap membuat persembahan termasuk semasa majlis penutup Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Dalam satu wawancara bersama Rolling Stone pada 2023, Osbourne berkata, beliau akan “mati sebagai lelaki paling bahagia” jika dapat membuat satu persembahan terakhir sebagai penghargaan kepada peminat.
“Kalau saya tak boleh teruskan buat persembahan, saya cuma nak cukup sihat untuk ucapkan terima kasih kepada peminat atas kehidupan saya ini,” katanya.
Akhirnya, hasrat itu tertunai pada 5 Julai lalu di Birmingham - sebuah persembahan yang kini dikenang sebagai salam terakhir seorang legenda.
Warisan dan penghormatan
Osbourne telah menerima pelbagai anugerah termasuk tiga anugerah Grammy dan pada 2006, beliau bersama anggota Black Sabbath telah disenaraikan dalam Rock and Roll Hall of Fame.
Mendiang meninggalkan isteri, Sharon serta enam anak – tiga daripada perkahwinan terdahulu, dan tiga lagi termasuk Kelly, Jack dan Aimee hasil perkahwinan dengan Sharon.
Ozzy Osbourne akan terus diingati sebagai ikon muzik global yang mengubah wajah rock, heavy metal dan budaya pop sepanjang lebih lima dekad. - Agensi