HIBURAN
Legenda R&B Hollywood, D'Angelo meninggal dunia akibat kanser
D'Angelo ketika membuat persembahan di New York, 20 Mei 2015. - Gambar fail/REUTERS
PENYANYI R&B pemenang Anugerah Grammy, Michael Eugene Archer atau lebih dikenali sebagai D’Angelo, meninggal dunia pada usia 51 tahun selepas disahkan menghidap kanser.
Dalam satu kenyataan, keluarganya memaklumkan, pemergian artis berpengaruh itu meninggalkan “legasi muzik yang amat menyentuh jiwa” dan menyeru peminat supaya meraikan “anugerah suara dan lagu yang ditinggalkannya buat dunia.”
D’Angelo dikenali sebagai pelopor genre neo-soul, yang menggabungkan elemen R&B dengan hip-hop dan jazz.
Sepanjang kerjayanya, beliau meraih empat Anugerah Grammy menerusi tiga album studio.
Muzik videonya untuk lagu hit Untitled (How Does It Feel) mencipta fenomena tersendiri kerana persembahan visualnya yang berani dan berkonsep satu penggambaran berterusan.
“Bintang paling bersinar dalam keluarga kami kini telah memadamkan cahayanya di dunia ini,” ujar keluarganya dalam kenyataan yang diperoleh CBS News.
D’Angelo memulakan karier sebagai penulis lagu dan pernah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Lauryn Hill dan The Roots.
Beliau mula meraih populariti pada era 1990-an menerusi album sulung Brown Sugar, dengan lagu Lady menduduki tangga ke-10 carta Billboard Hot 100 pada tahun 1996 - sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia muzik.
Dilahirkan di Richmond, Virginia, anak kepada seorang paderi ini sudah belajar bermain piano sejak berusia tiga tahun.
Ketika remaja, beliau aktif membuat persembahan bersama kumpulan tempatan seperti Three of a Kind, Michael Archer and Precise, dan Intelligent, Deadly but Unique (I.D.U.).
Pada usia 18 tahun, D’Angelo memenangi pertandingan bakat amatur di Apollo Theater, Harlem selama tiga minggu berturut-turut sebelum menandatangani perjanjian penerbitan dengan EMI.
Beliau terus mengukir nama menerusi album Brown Sugar (1995) dan menggandakan kejayaannya dengan album Voodoo (2000) yang meraih dua lagi Anugerah Grammy.
Namun, selepas itu, D’Angelo berdepan masalah ketagihan alkohol dan hampir maut dalam kemalangan jalan raya pada 2005.
Selepas hampir sedekad menyepi, beliau kembali dengan album Black Messiah (2014) - yang diilhamkan daripada gelombang protes nasional di Amerika Syarikat susulan kematian dua lelaki kulit hitam tidak bersenjata, Michael Brown dan Eric Garner.
Album itu memenangi Grammy bagi Album R&B Terbaik pada Februari 2016.
Antara yang menzahirkan penghormatan termasuk legenda hip-hop DJ Premier, penerbit lagu Devil’s Pie.
“Pemergian yang amat menyedihkan.Kita ada terlalu banyak kenangan indah. Akan sentiasa merinduimu. Rehatlah dengan tenang, D’. Sayang kamu, KING,” tulisnya di media sosial.
Album Voodoo yang diterbitkan pada tahun 2000 pernah menduduki tangga teratas carta muzik AS dan majalah Rolling Stone menempatkannya di tangga ke-28 dalam senarai “Album Terhebat Sepanjang Zaman” - satu anak tangga di atas The Beatles’ White Album.
Sebelum pemergiannya, D’Angelo dilaporkan sedang bekerja di studio untuk album keempatnya bersama Raphael Saadiq.
Antara yang turut memberi penghormatan termasuk Tyler, The Creator, yang memuat naik foto hitam putihnya, dan Flavor Flav daripada Public Enemy yang menyifatkannya sebagai “seorang ikon sejati.” - Agensi