HIBURAN

Lelaki Harapan Dunia ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto

Astro Awani 05/09/2014 | 06:16 MYT
Lelaki Harapan Dunia ditayangkan di Festival Filem Antabangsa Toronto
Filem Lelaki Harapan Dunia arahan pengarah Liew Seng Tat akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto.

Ia merupakan tayangan perdana di Amerika Utara dan turut dipertandingkan dalam kategori Sinema Kontemporari Dunia.

Filem itu dibintangi Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid dan Azhan Rani.

Ia berkisar tentang sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham di antara penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang dihuni oleh “hantu”.

Sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi-sembunyi.

Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak mempercayai perkara tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah "hantu" itu "Orang Minyak"?

Poster filem Lelaki Harapan Dunia


Festival filem berprestij itu bermula hari ini hingga 14 September depan.


Sebanyak tiga tayangan bakal diadakan pada 9,11 dan 13 September di festival tersebut.

Selepas Toronto, filem itu dijangka ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Vancouver.

Filem Lelaki Harapan Dunia bakal ditayangkan di seluruh negara pada 27 November depan.


Festival filem antarabangsa Toronto bakal menayangkan 268 buah filem termasuk 143 tayangan perdana filem daripada 70 buah negara.

Selebriti seperti Jennifer Aniston, John Cusack, Al Pacino dan John Travolta dijangka hadir ke festival tersebut.
#Lelaki Harapan Dunia #Liew Seng Tat #Toronto