Lelaki Harapan Dunia, reaksi pelbagai undang perdebatan

Muzaffar Mustapa
November 25, 2014 02:30 MYT
Lelaki Harapan Dunia, reaksi pelbagai undang perdebatan
Usai menonton filem Lelaki Harapan Dunia yang ditayangkan buat pertama kalinya di Malaysia malam tadi, ruang media sosial dibanjiri komen pengalaman setelah menonton filem tersebut.
Diarahkan oleh Liew Seng Tat, filem itu menerima reaksi pelbagai daripada penggiat seni dan karyawan filem tempatan.
Ada di antara mereka yang menyukainya, tidak kurang juga yang merasa terganggu dengan penceritaan yang dibawakan oleh pengarah yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Flower In The Pocket.
Reaksi pelbagai filem itu mengundang perdebatan ilmiah mahu pun berpaksikan emosi yang adakalanya sedikit tersasar dari objektif sebenar.
VIDEO: Selami pemikiran pengarah dan pelakon Lelaki Harapan Dunia
Ada di antara karyawan yang keliru sama ada untuk memakai songkok pengkarya atau pun songkok bangsa.
Filem bergenre komedi gelap ini bertunjangkan satira politik Melayu yang cukup sinis dan penuh simbolik dengan makna yang berlapis-lapis.

Ulasan filem Lelaki Harapan Dunia(2014) karya Liew Seng Tat: http://t.co/qDs3YAuoxu

— Fadli al-Akiti (@fadliakiti) November 25, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Great film #LelakiHarapanDunia - enjoyed it! Congrats @liewsengtat :)

— redza minhat (@rdzaminhat) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

...hakikat kebenaran diiringi sulaman sindiran halus dalam jenaka... Gua layan #LelakiHarapanDunia.. ;-)

— Khairul Anuar Latip (@alKhairul) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setelah menonton ..saya berpendapat bhw penggunaan 'Lelaki Harapan Dunia' sebagai tajuk adalah sangat 'sarkastik'.

— KHIR RAHMAN FANSURI (@KhirRahman) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I really enjoyed #LelakiHarapanDunia - full of mirth and meaning. Will write more. Thank you, Seng Tat.

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#LelakiHarapanDunia is full of mirth, merriment, mayhem & meaning. Beautifully shot, wonderful cast, poetic & political. Will be going again

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#LelakiHarapanDunia is highly recommended. Felt enjoyment and exasperation in a beautiful blend. Stinging satire depicting an illed society.

— RASHIDI ISHAK (@rashidi_ishak) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#LelakiHarapanDunia will make you ponder if you want to. Or just leave it. A true case of how one's perception is subjective. Congrats!

— RASHIDI ISHAK (@rashidi_ishak) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Suka subjek yg dibangkitkan dalam filem #LelakiHarapanDunia ,kadang2 kena jentik apa salahnye :) kudos team!

— Rozi Izma Abd Karim (@roziizma) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I really enjoyed #lelaki harapan dunia please go watch opens 27 nov well done seng tat and Sharon http://t.co/Y3CM7DGxnr

— Lina Tan (@linatsj) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Halus betul karya filem #LelakiHarapanDunia ni. Ala2 karya arwah Yasmin Ahmad.

— Oh! Media (Official) (@ohmedia_my) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hanya mereka yang kecil sahaja yang rasa tercabar dengan filem ini. #LelakiHarapanDunia 27 November! pic.twitter.com/ixBkYlV18D

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Congrats @liewsengtat on #LelakiHarapanDunia !!. Mixed reviews, so the more reason for you to go watch it and hv your own opinion.

— Tuan Faisal (@tapaifaisal) November 25, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lelaki Harapan Dunia, sekali tengok tak perasan punchline. Bila lepak semeja baru perasan punchline. Tergelak dua jam lepas tengok. -.-

— Elmi (@ELMIELMO) November 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut hadir ke tayangan media filem itu ialah Ketua Pengarah FINAS Kamil Othman, selebriti antaranya Datin Sofea Jane, Vanidah Imran, Redza Minhat, Sharifah Amani, Bront Palarae, pengarah filem Saw Teong Hin, Dain Said dan ramai lagi.
Lelaki Harapan Dunia berlatar sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham di antara penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang (Wan Hanafi Su) telah dihuni “hantu”.
Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak mempercayai perkara tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah "hantu" itu "Orang Minyak"?
Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di festival filem antarabangsa antaranya di Locarno, Toronto, Nara, Vancouver, Busan, Kolkata, Taipei dan banyak lagi.
Setelah menjelajah ke sirkit festival filem antarabangsa, filem Lelaki Harapan Dunia akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 27 November ini.
Turut membintangi filem ini ialah Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid dan Hishamuddin Rais.
#Azhan Rani #filem #Lelaki Harapan Dunia #Liew Seng Tat #Sofi Jikan