Lelaki menari di perlawanan Liverpool: 'Prank' paling berjaya?

Madiha Abdullah
Julai 28, 2015 11:27 MYT
Hitz FM mengupah lelaki ini untuk menari di khalayak ramai dalam jersi Manchester United.
Minggu lalu, sewaktu perlawanan persahabatan antara Liverpool dan Malaysia XI, seorang lelaki berjaya menarik perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia, malah peminat bola sepak dunia.
Masakan tidak, lelaki berkenaan bukan sahaja mengenakan jersi musuh tradisi Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester United ke stadium, tetapi dia juga memilih untuk menari di tengah-tengah lautan peminat Liverpool.
Sekelip mata, lelaki berkenaan popular di seluruh dunia. Banyak laman web antarabangsa mengangkatnya sebagai 'hero' kerana keberaniannya.
Video: Kredit Youtube Ismail Yunus/ZP News
Tetapi siapa sangka, ia hanyalah satu prank dari sebuah stesen radio. Hitz FM, radio berbahasa Inggeris paling popular di Malaysia, sebenarnya adalah mastermind di sebalik the dancing MU guy, gelaran yang diberi kepada lelaki berkenaan.

It's the dancing man! pic.twitter.com/mfhnXqPFhg

— hitz fm (@hitzdotfm) July 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hitz FM dalam laman Facebook, menjelaskan ia adalah satu prank berbentuk eksperimen sosial untuk mengetahui sejauh mana peminat bola sepak di Malaysia boleh menerima aksi berbentuk provokasi sebegitu.
Nampaknya, eksperimen berkenaan berjaya membuktikan rakyat Malaysia sebenarnya matang dan tidak mudah melatah.
Video: Kredit Youtube Hitz FM
Dalam video yang tersebar di laman sosial, lelaki berkenaan dilihat menari di tempat duduk stadium sebelum seorang penonton lain datang dan memakaikannya mafla Harimau Malaya dan memintanya duduk.
#bola sepak #harimau Malaya #Liverpool #Malaysia XI