Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
HIBURAN

Lelaki serang Ariana Grande di Singapura dipenjara sembilan hari

Astro Awani 18/11/2025 | 09:18 MYT
Tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan gangguan awam apabila melompat melepasi penghadang keselamatan dan menyerbu Grande di karpet kuning majlis berkenaan. -Gambar fail
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas didapati bersalah menyerang penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Ariana Grande, semasa tayangan perdana filem Wicked: For Good pada 13 November lalu.


Ringkasan AI
  • Lelaki Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari di Singapura kerana menyerang penyanyi Ariana Grande semasa tayangan filem.
  • Tertuduh dikenali sebagai "Pyjama Man" dan mengaku bersalah menyebabkan gangguan awam dengan melompat melepasi penghadang keselamatan.
  • Mahkamah Singapura menolak rayuan tertuduh dan menjatuhkan hukuman penjara sebagai langkah pencegahan terhadap tingkah laku serupa.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Tertuduh, Johnson Wen, 26, yang dikenali sebagai “Pyjama Man” di media sosial, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan gangguan awam apabila melompat melepasi penghadang keselamatan dan menyerbu Grande di karpet kuning majlis berkenaan.

Insiden itu berlaku ketika Grande berjalan bersama rakan pelakon Cynthia Erivo, Michelle Yeoh dan Jeff Goldblum.

Erivo dilaporkan segera bertindak menghalang Wen sebelum pasukan keselamatan menahannya.

Menurut kenyataan mahkamah, Wen cuba menceroboh acara itu sebanyak dua kali dan terus memuat naik kandungan insiden itu di media sosial walaupun telah diberi amaran.

Hakim Daerah Christopher Goh menyifatkan tindakan Wen sebagai ‘mencari perhatian’ dan menegaskan perbuatan sedemikian tidak boleh diterima di Singapura.

Wen, yang tidak diwakili peguam, merayu agar diberi peluang kedua dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Namun, mahkamah memutuskan hukuman penjara sebagai langkah pencegahan terhadap tingkah laku serupa pada masa hadapan.


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kesalahan yang diakui oleh Johnson Wen di Mahkamah Daerah Singapura?
    A: Johnson Wen mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan gangguan awam apabila menyerang penyanyi terkenal Ariana Grande semasa tayangan perdana filem Wicked: For Good.
  • Q: Siapakah individu yang bertindak menghalang Johnson Wen daripada menyerang Ariana Grande semasa kejadian?
    A: Rakan pelakon Cynthia Erivo dilaporkan segera bertindak menghalang Johnson Wen sebelum pasukan keselamatan menahannya.
  • Q: Apakah alasan yang dinyatakan oleh Hakim Daerah Christopher Goh bagi menghukum Johnson Wen dengan hukuman penjara?
    A: Hakim Daerah Christopher Goh menyifatkan tindakan Johnson Wen sebagai 'mencari perhatian' dan menegaskan perbuatan sedemikian tidak boleh diterima di Singapura.



#Ariana Grande #Pyjama Man #Johnson Wen #penjara sembilan hari