awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepas 10 bulan, juara 'Squid Game: The Challenge' tuntut wang kemenangan AS$4.56 juta

Gempak
Gempak
11/12/2023
04:00 MYT
Lepas 10 bulan, juara 'Squid Game: The Challenge' tuntut wang kemenangan AS$4.56 juta
Kemenangannya mengalahkan 455 peserta menerusi beberapa cabaran di Squid Game membolehkan Whelan membawa pulang ganjaran lumayan berbentuk wang sebanyak AS$4.56 juta (RM21.26 juta). -Gempak
MAI Whelan menjadi wanita dan pemenang pertama dalam cabaran yang diiilhamkan dari karya fenomena Korea Selatan, Squid Game.
Kemenangannya mengalahkan 455 peserta menerusi beberapa cabaran di "Squid Game: The Challenge" membolehkan Whelan membawa pulang ganjaran lumayan berbentuk wang sebanyak AS$4.56 juta (RM21.26 juta).
Meski pada akhir episod ditunjukkan sedutan wang sebanyak RM21.26 juta itu telah dikreditkan ke dalam akaun Whelan ironinya ia hanyalah ‘drama’.
Whelan mendedahkan selepas 10 bulan menyertai Squid Game dia masih belum memperoleh walau satu sen pun hasil kemenangannya dalam program realiti tersebut.
“Sewaktu menang saya rasa seperti Tom Cruise dalam Jerry Maquire. Tunjukkan saya wang itu!” kata Whelan seperti dilaporkan People.
Wanita berusia 55 tahun itu malah sudah membelanjakan wang sendiri untuk tampil bergaya pada malam gala Squid Game termasuk membeli busana dari jenama terkenal Ralph Lauren dan sepasang kasut Jimmy Choo.
Dia juga sudah merancang untuk mendermakan sedikit wang kemenangan selain membeli kediaman yang mahu diduduki selamanya.
Namun sehingga artikel ini ditulis, setelah 10 bulan memenangi Squid Game menerusi permainan 'Gunting, Batu, Kertas', Whelan belum mendapat RM21.26 yang dijanjikan.
Bagaimanapun para peserta didakwa sedar mengenai cara dan terma pembayaran kemenangan yang akan diperoleh selepas 10 episod Squid Game selesai ditayangkan di Netflix. -Gempak
Topic Berkaitan
#Squid Game
#Korea Selatan
#Mai Whelan
#AS 4 56 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan