awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ligamen putus semakin sembuh, Farish kembali mengacara

Khairul Wasiril Aswad
Khairul Wasiril Aswad
20/05/2013
22:59 MYT
Ligamen putus semakin sembuh, Farish kembali mengacara
Setelah hampir tiga bulan berehat, pengacara dan pelakon, Farish Aziz yang mengalami kecederaan di kaki sewaktu bermain bola sepak dilihat mula bergiat aktif dengan mengacarakan acara pelancaran Astro On The Go di Sunway Pyramid.
Farish berkata, kecederaan yang semakin sembuh dan tidak perlu lagi memakai tongkat semasa berjalan membuatkan dia menerima tawaran mengacara acara itu.
“Pada mulanya saya menjangka kecederaan ini akan sembuh paling kurang dalam masa enam bulan, namun Alhamdulillah saya sudah boleh berjalan seperti biasa sekaligus membolehkan saya bergiat aktif sebagai pengacara dan pelakon,” kata Farish kepada Astro Awani.
Mahupun sudah lama tidak beraksi, Farish dilihat berjaya menghiburkan pengunjung yang hadir.
Berikut klip video sesi temubual Astro Awani bersama Fazley di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di pada Sabtu.
Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut, Aaron Aziz, Johan Maharaja Lawak, barisan pelakon Oh My English, Izzue Islam dan Harun Salim Bachik.
Dalam perkembangan lain, Farish memaklumkan dia kini tidak lagi bertugas sebagai deejay di radio Suria FM di Sabah. Kini kerjaya seninya kembali bertumpu di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#cedera
#Farish Aziz
#on the go
#Pengacara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan