HIBURAN
Lil Nas X mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan feloni
Lil Nas X, atau nama sebenarnya Montero Lamar Hill, hadir di mahkamah untuk prosiding pertuduhan melibatkan empat kesalahan jenayah berat. - Foto AP
LOS ANGELES: Penyanyi dan rapper Amerika Syarikat (AS), Lil Nas X, telah mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan feloni di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Isnin, susulan penahanannya minggu lalu kerana didakwa menyerang beberapa pegawai polis dan menghalang tugas pihak berkuasa.
Ringkasan AI
Lil Nas X, atau nama sebenarnya Montero Lamar Hill, berdepan tiga pertuduhan menyerang pegawai polis dengan kecederaan dan satu pertuduhan menghalang pegawai eksekutif menjalankan tugas.
Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak AS$75,000 (RM316,000) dan memerintahkan dia menghadiri sesi Narcotics Anonymous sebagai sebahagian daripada syarat pembebasan.
Pada Khamis lepas, Lil Nas X dilaporkan berjalan dalam keadaan separuh bogel di Ventura Boulevard sekitar jam 6 pagi, hanya memakai seluar dalam dan but koboi putih.
Polis yang tiba di lokasi mendakwa dia bertindak agresif dan menyerang mereka sebelum ditahan.
Susulan itu, dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dihantar ke pusat tahanan.
Lil Nas X mula dikenali menerusi lagu “Old Town Road” yang mencipta sejarah sebagai lagu paling lama berada di tangga teratas carta Billboard Hot 100.
Dia juga merupakan artis lelaki gay pertama yang menerima anugerah dari Country Music Association dan telah memenangi dua Grammy Awards.
Album terbarunya, Days Before Dreamboy, dilancarkan pada Mac lalu, dan beliau dijangka melancarkan album penuh Dreamboy hujung tahun ini.
Jika disabitkan kesalahan, Lil Nas X berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga AS$10,000 bagi setiap pertuduhan.
Peguamnya, Christy O’Connor, menegaskan bahawa insiden tersebut adalah “episod luar biasa” dalam hidup artis itu dan menafikan penggunaan dadah terlarang.
Ringkasan AI
- Lil Nas X mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Los Angeles atas empat pertuduhan feloni termasuk menyerang polis dan menghalang tugas pihak berkuasa.
- Insiden berlaku di Ventura Boulevard, di mana dia dilaporkan berjalan separuh bogel dan bertindak agresif sebelum ditahan dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
- Artis pemenang Grammy itu berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, namun peguamnya menegaskan insiden tersebut adalah episod luar biasa dan menafikan penglibatan bahan terlarang.