JIKA inginkan pengalaman hiburan yang membolehkan anda mengawal sepenuhnya kandungan mengikut padanan masa dan cita rasa sendiri, Astro Ultra Box adalah pilihan tepat untuk anda.

Astro melancarkan Astro Ultra Box dengan fungsi 4K UHD, Cloud Recording atau Rakaman Awan, paparan baharu serta pelbagai fungsi menarik untuk meningkatkan pengalaman hiburan di rumah sendiri.

Berikut lima sebab mengapa anda harus menaik taraf kotak dekoder anda kepada Astro Ultra Box:


4K UHD

Pelanggan yang mempunyai televisyen 4K dapat menikmati UEFA Euro 2020, Liga Perdana, La Liga dan Formula 1 serta beberapa filem terpilih di kedua-dua saluran Astro Best pada resolusi Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD).


Rakaman Awan

Astro Ultra Box dan Astro GO membolehkan pelanggan merakam mana-mana program secara serentak di beberapa alat elektronik dan kandungan itu akan disimpan di Astro Cloud di mana ia boleh diakses pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Setiap pelanggan diberi 200 jam simpanan HD secara percuma dan tambahan 1,500 jam simpanan secara pilihan yang boleh dibeli pada hanya RM15 sebulan.


Play From Start

Fungsi ini membolehkan penonton mula menonton pada permulaan program, walaupun program itu berada pada pertengahan atau pengakhiran dengan hanya menekan butang restart.


New Interface

Dengan teknologi algoritma, paparan baharu ini memudahkan pelanggan mencari kandungan program atau filem dengan lebih mudah berdasarkan sejarah tontonan.


Multi-screen, Stop here, Continue There

Penonton diberikan pilihan untuk menghentikan tontonan sesebuah program di mana-mana peranti untuk ditonton semula pada masa lain, yang juga boleh diakses pada alat elektronik selain alat yang digunakan sebelumnya.

Untuk menikmati fungsi-fungsi tersebut, pelanggan memerlukan sambungan Ultra Box ke internet.


Maklumat lanjut boleh didapati di www.astro.com.my/ultra atau ikuti perbualan tentang Ultra Box melalui media social dengan tanda pagar #AstroUltra.