HIBURAN

Lima tahun bersama, ini hadiah tidak ternilai diterima Fouziah Gous

Gempak 21/09/2018 | 07:27 MYT
Fouziah berkata peluang menunaikan ibadah haji baru-baru ini adalah hadiah tidak ternilai buatnya dan suami.
Pelakon Datin Fouziah Gous menyambut ulang tahun perkahwinan kelimanya dengan suami, Datuk Zhafran Yusof semalam.
Fouziah berkata peluang menunaikan ibadah haji baru-baru ini adalah hadiah tidak ternilai buatnya dan suami.
“Lima tahun bersama,hadiah yang tiada nilai buat kami ialah Allah menjemput kami untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima pada tahun ke 5 #anniversary tanpa kami rancang.
Thank you Allah,” tulisnya.
Fouziah berkongsi kegembiraannya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

اَلْحَمْدُلِلّهِ 5 tahun bersama,hadiah yg tiada nilai buat kami ialah Allah menjemput kami untuk menunaikan Rukun Islam yg ke5 pada tahun ke 5 #anniversary tanpa kami rancang

#Datin Fouziah Gous #ibadah haji #pelakon